Hapuskan dosa-dosa lalu

Semua manusia tak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kecil atau besar.

Berdoalah kebaikan untuk semua yang masih hidup atau yang telah pergi. Dia Maha Mendengar. InsyaAllah , dengan niat yang baik pasti Dia kabulkan.

- Berdoa untuk orang lain.
“ Doa muslim buat saudaranya yang dari kejauhan itu mustajab. Di atas kepalanya menanti malaikat yang telah ditugaskan. Setiap kali dia berdoa buat saudaranya untuk sesuatu kebaikan, malaikat itu akan berkata : ‘Amin. Semoga engkau mendapat yang serupa.’” - [ Riwayat Muslim ]
- Bersyukur dengan musibah.

Siapa yang suka dapat musibah ? Namun perlu tidak lama untuk merasa negatif, sedih atau marah tapi bergantilah segera dengan rasa redha dan syukur. Kerana ada sesuatu di sebalik musibah.

Mengikut hadis Riwayat Al-Bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

- Berwuduk sempurna.

Aban mawla Sayidina Uthman bercerita; “ Saiyidina Uthman mengarah aku membawakan air untuk berwuduk pada malam yang sejuk kerana beliau ingin keluar bersolat. Aku bawakannya. Aku lihat beliau banyak sekali mengenakan air pada muka dan tangannya sampai aku berkata:
‘Cukuplah tuan. Tuan sudah sempurnakan wuduk sesempurnanya. Lagi pun malam ini sangat sejuk.’
Beliau membalas: ‘ Curahkan! Kerana aku pernah mendengar Nabi bersabda: ‘Tidaklah seorang hamba menyempurnakan wuduknya melainkan dosa-dosanya yang lalu dan terkemudian diampunkan.’” - [ Riwayat al-Bazzar ]
Selepas itu berwuduklah dengan sempurna.

- Ganti kejahatan dengan kebaikan.

Setiap kali terlanjur berbuat salah, segeralah menebusnya dengan berbuat kebaikan.
Seperti Nabi berpesan, “ Takutlah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menggantikannya. Bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik.” - [ Riwayat al-Tirmizi]
Buktikan kesungguhan kita dengan firman Allah.
“ Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan perbuatan buruk. Demikianlah peringatan buat orang yang ingin beringat.” - [ Hud 11: 114 ]
- Istqamah Beribadah.

Pada acara ibadah harian, mingguan, tahunan bukan sekadar tawaran pahala, bahkan menawarkan diskaun dosa.

“ Solat lima waktu, Jumaat ke jumaat berikutnya, ramadan ke ramadan berikutnya, merupakan penghapus dosa yang dilakukan antara tempoh masa tersebut jika dosa besar tidak dilakukan.” - [ Riwayat Muslim ]

Allah sentiasa melupakan kesalahan-kesalahan biasa tanpa kita merayu kepada-Nya. Subhanallah. Ambillah peluang selagi hidup untuk terus memperbaiki diri. Dan memohon ampun kepada-Nya. Tidak terlewat untuk memulakan apa pun perkara baik. Jom!

[ Ezy Dakwah, 3 ]


0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top