Antara ayat, hadis untuk jauhi syaitan dan sihir



Adakah semua sifat jahat daripada syaitan?
Sifat jahat ni kadangkala daripada syaitan. Kadangkala daripada nafsu. Dalam diri dah sedia faktor penolak daripada buat jahat. Nafsu ni suka kepada benda lazat dan seronok. Yang penting puas. Syaitan ni bagi sokongan dan motivasi kita buat jahat.

ARTIKEL BERKAITAN: 

  • Kita kawal dengan minta lindung daripada Allah. Minta jauh.
  • Setiap manusia kita tengok berdasarkan siapa kawan dia.
  • Godaan syaitan ni besar. Jaga jangan sampai tergoda dengan tipu daya. Syaitan nak goda sebab nak ramaikan orang dalam neraka. Kena azab.
  • Syaitan bisik. Ada was-was. Semua orang ada gangguannya.
  • Orang miskin diduga supaya tak redha. Orang kaya bagi dia kedekut. Orang sihat supaya dia rasa sihat dan lambat nak mati. Orang sakit supaya dia tak redha. Dia marah. Syaitan datang dalam pelbagai bentuk.
  • Kena ada rasa tawaduk bila nak mengubati sakit kita atau ada ahli keluarga kita. Kemudian keinginan untuk sembuh. Senjata paling ampuh adalah doa.
  • Tindakan awal untuk bayi sawan tepuk / bisik telinga kanan dengan bismillah atau la haula wa quwwata illa billah.
  • Azan dan Iqamahkan di telinga kiri. Jika nak demam mandikan. Sejukkan badannya. Kalau guna ais ais. Kaki ke atas.
Gangguan Syaitan

  • Syaitan goda ni kadang kita tak perasan. Rasa riak beramal contohnya.
  • Masa sakaratul ada godaan syaitan. Ini peluang terakhir syaitan. Dia tak putus asa.
  • Boleh baca An-Nas dan Auzubillahi minassyaitannirrajim. Baca al-Quran dapat pahala dah. Apa ayat kita boleh baca baca. Untuk elak gangguan.
Ayat dan hadis menghindarkan diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia.

- Sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah

Diriwayatkan oleh at-Tobrani di dalam 'al-Kabir' dan juga al-Hakim, daripada Ibnu Mas'ud RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca sepuluh ayat iaitu empat ayat dari permulaan al-Baqarah, diikuti dengan ayat al-Kursi dan dua ayat selepasnya disambung lagi dengan dua ayat terakhir surah al-Baqarah, maka rumah tersebut tidak akan dimasuki oleh syaitan sehinggalah ke waktu pagi."

- Surah Al-Ikhlas dan surah al-Mu’awwizatain

Rasulullah SAW bersabda; Katakanlah (bacalah surah) Qul Huwallahu Ahad dan Qul ;audzu Birabbinnaas dan Qul a;udzu Birabbil Falaq ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR Abu Daud dan An Nasai)

- Surah Ghafir
مَنْ قَرَأَ حم الْمُؤْمِنَ إِلَى { إِلَيْهِ الْمَصِيرُ } وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ حِينَ يُصْبِحُ حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ قَرَأَهُمَا حِينَ يُمْسِي حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُصْبِحَ
"Barang siapa yang membaca surah al-Mu`min (Ghafir) ayat 1—3 dan ayat kursi pada pagi hari maka ia akan dijaga sampai pagi hari dan barang siapa yang membaca keduanya pada pagi hari maka ia akan dijaga sampai pagi hari." (HR. Tirmidzi)
- Hadis-hadis

"Bismillahillazi la yadurru ma as mihi syaiun fil ardhi wala fi sama i wahuwassamiul alim"
*Dengan nama Allah yang dengan namaNya, sesuatu pun di bumi atau di langit tidak memberi mudharat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Daripada uthman bin affan RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud "sesiapa di kalangan hambaNya yang membaca doa ini pada setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali,nescaya tidak ada sesuatu pun yang akan mendatangkan mudharat ke atasnya"- hadis riwayat Abu Daud dan at Tarmizi.

A'uzu bikalima tillahit taammaati min syarrima khalaq
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca doa di atas setiap petang sebanyak 3 kali, maka dia akan selamat dari sebarang bisa atau sengatan semua (makhluk) yang beracun."
SANTAU / SIHIR




  • Syaitan janji nak ganggu sampai bila2 takdak cuti. Relevan selamanya.
  • Baca Auzubillahi minal syaitanirajim min zamhi untuk elak.
  • Boleh dihantar jarak jauh.
  • Histeria ke perempuan mudah
  • Perempuan suka berubat tu kadang terlajak. Lelaki pula jenis tak percaya dia sakit tu tak berubat. Pun bahaya. Kena ambil jalan tengah. 
Semoga kita semua dilindungiNya selalu, insyaAllah, jaga diri.
Jika ada penambahan atau pembetulan dalam penulisan ini, sangat dialukan. Terima kasih.



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top