Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Cara mudah bangun solat subuh



Alhamdulillah jika kita jenis yang mudah bangun solat Subuh. Kerana Nabi bersabda:
“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Kalaulah mereka tahu apa yang ada pada kedua-dua, pasti mereka datang juga walaupun dengan merangkak.” 
( Riwayat al-Bukhari)

Antara cara mudah untuk berpagi-pagi dan melakukan solat subuh adalah dengan :

  • Jauhi perbuatan dosa.

Perbuatan tak baik bukan saja menyebabkan dosa, malah menjadikan diri semakin berat melakukan ketaatan. Semakin kita taat, makin banyak perkara baik kita mudah lakukan.

Ibn al-Qayyim berkata:
“ Ketaatan itu akan mencambahkan ketaatan yang lain. Demikian juga maksiat mencambahkan kemaksiatan yang lain.”

  • Rutinkan istighfar.

Mungkin kita rasa kita tak buat salah, tapi mana kata kita tak perasan. Dan siapalah kita jika nak dibandingkan Rasulullah pun beristighfar 100 kali sehari.

  • Pasang niat sungguh-sungguh sebelum tidur.

Jika kita niat bangun subuh, pasti kita akan cuba tidur awal dan berusaha bangun. Sebab jika kita ada hal penting pagi tu, pasti kita sudah bangun awal.


  • Tidur dalam keadaan berwuduk.

Perbuatan baik melahirkan perbuatan baik yangs seterusnya. Tidur dengan berwuduk memudahkan kita bangun qiamulail dan solat subuh. Bahkan bonusnya, kita akan mendapat doa malaikat.

Rasulullah bersabda: “ Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci di kepalanya terdapat malaikat, tidaklah dia terjaga pada waktu malam melainkan malaikat itu akan berdoa: “
Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si polan, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan bersuci.”– [ Riwayat Ibn Hibban ]


  • Witir sebelum tidur

Lakukan satu rakaat witir sebelum solat pun sudah memadai. Cuba lakukan, dengan azam yang kuat.


  • Berzikir sebelum tidur

Sebelum tidur baca zikir. Biar kita tidur dan bangun pun dengan mengingati Allah.


  • Gunakan alat bantu yang lain

Setkan jam penggera atau pesan sesiapa untuk bangunkan kita. Pendek kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sesungguhnya Allah amat menghargai kesungguhan kita, moga dipermudahkan.

Teruskan berjuang, wahai pejuang ! 

Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top