Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Menjadi orang beriman


Kita semua jika boleh mahu jadi hambaNya yang lebih baik, yang bukan saja disayang Tuhan, malah disayangi insan. Kita mahu jadi lebih beriman, namun kita kadangkala perlu diingatkan dan perlu dinasihati. Tak apa, asal saja kita mahu ditegur, sedar dan mahu belajar, insyaAllah kita mampu menjadi hambaNya yang baik. Teruskan berjuang, jangan pernah menyerah, insyaAllah.

Artikel tentang istiqamah di : sini / berubah jadi lebih baik : sini 

4 Sebab lemah iman:
- Jauhi dari Al-Quran dan Sunnah
- Meninggalkan persekitaran yang menyuburkan iman
- Tidak berkawan dengan orang beriman
- Terlalu terikat dunia lupa akhirat

Cara tingkatkan iman :

  • Mohon doa , beramal, jangan tinggal al-Quran , bawa hati dan cintai dunia, cari ilmu, paksa buat baik, ingat mati dan kubur
  • Tanda munafik dalam solat ; ( Ibn Qayyim punya pendapat ) :
  • -Bangun solat rasa malas, solat dengan niat menunjuk, lengahkan solat, solat tergesa, sangat ingat Allah ketika solat, tinggalkan solat jemaah

Sesiapa yang takut kepada Allah, tiada sesiapa yang boleh menyakitinya. Manakala sesiapa yang takut kepada selain daripada Allah, maka tiada sesiapa pun yang mampu menolongnya. – Fudhail Bin Iyadh

Sebaik perkara adalah yang sederhana.

22 Cara Dapatkan Barakah :
- Cari rezeki halal
- Bekerja dengan cemerlang
- Lakukan baik kerana Tuhan
- Elakkan riba
- Sedekah dan keluarkan zakat
- Selalu ingat Allah
- Yakin rezeki dari Allah
- Jangan tinggal solat
- Serikan rumah dengan bacaan Al-Quran
- Pemurah
- Hormat ibubapa
- Jalinkan siraturrahim dengan saudara-mara
- Jauhi berbohong
- Bayar balik hutang
- Mulakan pekerjaan pad awal pagi
- Makan secara berjemaah
- Jemput orang alim makan
- Sellau istighfar
- Akhlak mulia
- Hidup sederhana
- Selalu berdoa

7 Ciri penghuni syurga firdausi
- Beriman
- Fokus dan bersunguh-sungguh
- Utamakan yang utama
- Tidak selfish
- Mahalkan diri
- Jujur dan amanah
- Displin
Jangan pernah melawan sunnatullah pada alam, sebab ia pasti mengalahkanmu. Tetapi gunakanlah sebagiannya untuk menundukkan sebagian yang lain, niscaya kamu akan sampai tujuan.- Imam as-Syahid Hassan AL Banna.
TIGA ASPEK ORANG BERIMAN

- Aspek percakapan Nabi SAW pernah bersabda , “Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya”

“Sesungguhnya kata-kata itu berada di dalam hati. Dan lidah itu hanyalah dijadikan untuk menjadi petunjuk kepada apa yang ada di dalam hati” -penyair

- Hubungan dengan jiran
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda bermaksud , “ Tidak masuk syurga seorang yang jirannya tidak aman daripada kejahatannya” (HR Muslim)

- Memuliakan tetamu
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya." Mereka bertanya :"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah "Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya "Menerimatamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.".Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam saja" - Hadis sahih riwayat Muslim
Doa " “Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan berbuat baik dalam pengibadatanku”.


Sekian, moga kita istiqamah  untuk menjadi lebih baik dan beriman. Tuhan menilai sekecil-kecilnya usaha kita. Asal saja kita berusaha, lakukan terbaik dan teruskan berjuang kerana Dia. Semoga kita sama-sama masuk syurga, insyaAllah.


Sumber ; Majalah Solusi, AL Islam, Jom & Iman

4 yang menasihati

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Thankx for the share, semoga ianya memberi manfaat kepada semua :)

    Along follow sini, jemput singgah dan follow along :
    http://www.rahimaim.com/2015/08/tutorial-post-entry-blog-ke-pelbagai-group-facebook-secara-serentak.html

    ReplyDelete
  3. blogwalking, followed! pls followback, new blog ni, pls support ! :) kat sini ada jual kopiah keras untuk abang abang pakcik pakcik semua ye :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top