Siti Nordiana di Gegar Vaganza Akhir 2015


Okay, ini adalah cerita imbasan suatu masa dahulu. Pengalaman meminati seorang penyanyi yang bernama Siti Nordiana (Nana). Semua kita ada zaman remaja yang sedikit gila-gila, melampau atau kelakar bila ingat balik.

Tapi sebelum tu, nah video di bawah; (lambat sikit loading) dari Facebook :


UPDATE 13 DISEMBER 2015TAHNIAH SITI NORDIANA SELAKU JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KEDUA! TERUSKAN BERSEDERHANA DAN MENGINSPIRASI. :)

Video Siti Nordiana ; Putus Terpaksa



Siti Nordiana - Putus Terpaksa
Yang ditunggu! Siti Nordiana - Putus Terpaksa, Konsert Final #GegarVaganza 2Sumber: Kepala Bergetar#sitinordiana#nana
Posted by Terbakor on Sunday, December 13, 2015

Video Gegar Vaganza 2 Koleksi Siti Nordiana Minggu 1 Hingga Minggu 5 :
Minggu 1 - Paling Comel
Minggu 2 - Madah Berhelah
Minggu 3 - Kasihnya Laila
Minggu 4 - Memori Berkasih
Minggu 5 - Nirmala

Video Gegar Vaganza 2 Koleksi Siti Nordiana Minggu 6 Hingga Minggu 9 Dan Juara :
Minggu 6 - Ku Tak Akan Bersuara
Minggu 7 - Secangkir Madu Merah
Minggu 8 - Mengapa
Minggu 9 - Putus Terpaksa
Minggu 9 - Awak Kat Mana Feat Acong Sweetchild





Oh ya, semasa saya menulis ini, saya baru saja dapatkan album berunsur lullaby (lagu untuk anak-anak) dekat laman web cdnasyid.com; ia berunsur islamik. Preview album baru Siti Nordiana 2015 ; Anakku sayang:
Baiklah, kita sambung cerita.
Awal 2000, saya di sekolah menengah, saya dah mula mengenali wajah dan suara beliau. Sejak itu hampir semua majalah, surat khabar yang ada dia, saya simpan. Keluarga & kawan rapat amat memahami minat saya yang tak boleh bawa berbincang waktu itu. Sehinggakan ada saudara serta kawan baik yang sudi menyimpan keratan berkaitan Nana untuk saya! Baiknya hati mereka. Malahan hampir kesemua albumnya (kompilasi FMC, berduet dengan Syura serta Achik) saya beli. Dengan DVD lakonannya juga; prahara.
Dan saya pernah buat laman web (cjb.net waktu dulu) seawal saya mula tahu maksud world wide web untuk semua peminatnya. Dapatlah saya berkenalan dengan beberapa orang. Termasuk dari Singapura!
Belum termasuk bab beberapa surat saya pernah tersiar dalam majalah kerana membelanya kerana tak tahan dia terus dikutuk! Ramai kawan sekolah terbacanya di majalah. Sedangkan hakikatnya Nana sendiri agak tenang saja. Lucu dan malu juga jika diingat semula. Hehehe.
Dulu ada siaran di radio bernama muzik fm, saya rasa radio itu sangat mendekatkan saya dengan lagu jiwang 90an sebab ada segmen pilihan bersama waktu malam setiap hari dan temubual artis pada hari tertentu selain kuiz. Dan antaranya radio itu berjaya buat saya makin mengenali Nana. Saya mula meminatinya setelah mendengar lagu kasihmu seakan berubah; lagu popular dalam albumnya yang kedua. 
Dan setelah itu baru saya menjejaki semula album pertamanya dan mendengarkan cinta hanya sandaran serta terpaut sayang padamu. Dan terus kepada lagu duetnya dengan Wan Scoin, sehinggalah pasangat duet fenomenanya; arwah Abdillah Murad (Achik dari kumpulan Spin; yang difahamkan spin 2015 ni vokalis barunya adalah Arwis; adik Achik sendiri) melalui banyak lagu rantaian 'kasih'.
Pernah berjumpa Nana di samping Achik; sangat mesra orangnya dan pernah berutus surat serta berbalas email, pastinya sukar untuk saya berhenti menyayangi Nana ini. Kekaguman saya pada awal kemunculan dia melalui pelbagai kritikan dan cabaran, sehinggalah dia kehilangan bekas suami (Faizal) dan pasangan duetnya (Achik) buat selamanya, dan begitu tabah membesarkan anaknya Rayyan; tidakkan pernah hilang.
Dari zaman dia sekolah dan mula berhijrah, sikap rendah dirinya tak pernah berubah. Dia; sederhana namun cukup menginspirasi.
Untuk Siti Nordiana, selamat berjaya untuk gegar vaganza 2015, serta perniagaan pakaian melalui instagram paling comel dan seterusnya di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Nana tetap paling comel di hati den. 
Biodata Siti Nordiana binti Alias
Lahir pada 22 November 1984 di Negeri Sembilan. Anak bongsu daripada dua beradik. Instagram Siti Nordiana : https://instagram.com/sitinordiana/ Facebook Siti Nordiana : https://www.facebook.com/SITI-NORDIANA-214275685738/ Twitter: https://twitter.com/nanarayyan Youtube Siti Nordiana : https://www.youtube.com/user/kupasrah
Nah sejenis kenangan; best moment Siti Nordiana in Gegar Vaganza:
Video-video peserta-peserta lain: website astro :


Itulah kenangannya. Apa pun makin dewasa, kita tahu semua perkara perlu sederhana dan ada hadnya.  Untuk semua, terima kasih sudi baca. :)


3 yang menasihati:

  1. Assalamualaikum, as admin achik_spin_fanpage, saya ingin meminta izin utk menggunakan gambar Nana (yg pakai baju sekolah) untuk dimuatkan didalam IG achik_spin_fanpage.. I noticed awak jugak ada post gambar yg pernah saya post dulu (dulu sebelum nama IG 'achik_spin_fanpage' ditukar, nama asalnya ialah 'achik_nana_fanpage').. Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Ya betul awak. Terima kasih. Boleh ambil. Silakan. :)

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top