Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Al-Hidayah 2016 & Salam Da'i

http://www.mptv360.com.my/
Iklan rancangan ini berjaya menangkap perhatian saya baru-baru ini. Satu rancangan lama berwajah baru (Al-Hidayah), dan dua lagi rancangan baru yang lebih segar. Yang ini memang nampak lebih moden dan bersahaja (Hadis TV9 & Salam Da'i). Mungkin keterujaan tu biasa sahaja jika hanya kita dah tahu waktu siaran atau biasa tidak sengaja menontonnya. Namun kali ini ia berbeza, dan amat memikat.

SALAM DA'I & HADIS TV9

Rancangan Hadis TV9 ini sangat santai. Ada perbualan dan soal-jawab yang bersahaja antara Ammar, Ustaz Muhadir dan tetamu jemputan. Bersiaran setiap isnin hingga khamis jam 8.00 pagi di TV9. Untuk slot #Raudhah. Pengacara kali ni Ammar Titan bersama-sama Bintang Ilmuan, Ustaz Muhadir Joll. Ada juga segmen hadis bersama Anwar Hadi.

(Dan selepas rancangan ini akan muncul pula rancangan Salam Dai (bersiaran menggantikan Hadis ini), yang membawakan pelbagai panel (terdiri daripada mereka yang menyertai da'i dahulu) dan tetamu berbeza (selebriti) dalam suasana juga santai dan topik yang berubah-rubah. )









Haa. Ini antara yang ada dalam rancangan ni. Slot Hadis Bersama Anwar Hadi




Al-Hidayah 2016:

Rancangan al-Hidayah bermula 5 Februari ini, setiap Jumaat, jam 1.00 tengahari, di TV3. Pengacara musim 2016 kali ini adalah Diana Amir. Dan setiap isu akan dibincangkan oleh dua orang bintang ilmuan; yang terdiri daripada ustaz atau ustazah. Dan akan ada puisi atau nukilan yang turut dititipkan melalui rancangan ini.


al-Hidayah berwajah baru! Memartabatkan an-Nisa' (Wanita Hiasan Syurga). Saksikan al-Hidayah bermula 5 Februari ini, setiap Jumaat, jam 1.00 tengahari, di TV3!#alhidayah
Posted by Da'i Pendakwah Milenia TV3 on Tuesday, February 2, 2016

Sekian, selamat menonton! Jom terus kongsikan yang baik-baik. 




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top