Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Fenomena cuaca panas, ekuinoks, jerebu dan strok haba

Tips kekal sihat di musim panas

Kebelakangan ini cuaca agak panas melanda Malaysia. Berikutan faktor kekurangan hujan dan cuaca kering. Semua diminta untuk terus menjaga diri dan melakukan pencegahan daripada berlaku sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Baru selesai jerebu ekoran kebakaran hutan dan faktor angin yang lalu, sekali lagi kita didatangi dugaan cuaca yang penuh hikmah dari-Nya ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan dakwaan kononnya keadaan cuaca panas melampau ketika ini adalah disebabkan fenomena ekuinoks. Pegawai Sains ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata fenomena berkenaan tidak akan membawa perubahan cuaca melampau dan ia berlaku dalam masa sehari sahaja pada 20 Mac ini. Namun apa yang berlaku di negara kita kebelakangan ini (panas berterusan) adalah kerana cuaca kering (yang menyebabkan kekurangan taburan hujan) dan berikutan kesan el nino. - (Sumber)

Jadi jika boleh elakkan aktiviti luar ketika panas. Jaga kesihatan baik-baik.


FENOMENA EKUINOKS


Gambar Ekuinoks daripada Berita Harian

Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks (seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang). Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan September setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Fenomena ini normal, setiap tahun pada bulan mac dan september. Dan waktu solat masih tidak berubah walaupun kelihatan sedikit perubahan pada keadaan langit yang mana kelihatan seakan masih cerah dan terang walaupun sudah maghrib dan sudah terang seakan siang walaupun masih subuh.

Ia dipanggil Ekuinoks kerana berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'. Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

Oleh kerana matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari, ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas.

KENYATAAN AKHBAR 


Kenyataan akhbar mac 2016
 










Jerebu


Sementara itu, ramalan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi di laman webnya menyatakan beberapa kawasan sedang merasai kesan El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kekurangan jumlah taburan hujan; dijangka kembali normal pada Mei hingga Ogos 2016 dengan jumlah hujan dijangka berada pada paras purata.

“Semasa cuaca panas, banyak zarah-zarah terampai berterbangan di udara di mana peredaran angin yang lemah, cuaca panas dan kekurangan hujan juga boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu tempatan ini.

“Bagaimanapun kesan jerebu tempatan ini tidaklah teruk dan biasanya ia berlaku dalam tempoh sementara sahaja,” - Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan Jabatan Meteorologi, Alui Bahari.



STROK HABA

strok haba


Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," - Kata Dr Noor Hisham ( Ketua Pengarah Kesihatan).

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari

Tanda awal strok haba:


  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:

  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Untuk semua, jaga diri baik-baik dan ingatlah orang tersayang. Jangan berhenti berdoa. Teruskan usaha yang terbaik.  Semoga dilindungi semuanya, insya-Allah. :)


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top