Ustaz Kazim; semakin sembuh daripada sakit


Gambar sumber astro oasis

Mula-mula (tempoh hari); dapat tahu (terbaca), kami sekeluarga agak terkejut. Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias (Ustaz Kazim) dikhabarkan tiba-tiba mengadu sakit dada ketika baru sahaja memberi ceramah di Kelantan. Namun alhamdulillah, kini beliau semakin pulih. Perlu banyakkan rehat, tapi iyalah, jiwa pendakwah manalah pernah berehat. Dalam sakit-sakit pun masih rindu nak memberikan ceramah dan dia rasa bersalah pula kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

Alhamdulillah. Ramai yang sayangkan Ustaz. Pelbagai peringkat usia, Malahan yang bukan islam yang memang tertarik dengan cara beliau berceramah (kata mereka; ceramah Ustaz tidak sinis, malah menghiburkan dan menarik) juga turut mendoakan beliau. Di sini saya kongsikan rentetan atau kronologi perkembangan kesihatan Ustaz kesayangan ramai ini.

Mewakili ahli keluarga, Mohd Najmuddin (Abang Ustaz Kazim) mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan doktor HUSM serta KPJ yang memberikan rawatan terbaik.

"Tidak lupa juga atas doa serta sokongan semua pihak yang mahu melihat adik saya pulih," katanya lagi.

*****

19 Februari 2016, malam; Ustaz Kazim Elias bergegas dihantar ke hospital kerana dipercayai sakit dada akibat serangan sakit jantung ketika memberi ceramah.

Menurut Rafi Rahman, Pegawai Khasnya; “ketika dalam perjalanan ke hospital dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat.”

Doktor kemudian mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka dan darah beku yang tersumbat dan itulah menjadi punca Ustaz Kazim sakit dada sebelum ini.

Beliau kemudiannya menerima rawatan coronary angiography sewaktu ditempatkan di wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


20 Februari; Ustaz dah mula dapat bercakap dengan lebih jelas.

Pada 21 Februari, Ustaz Mohd Kazim Elias dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan prosedur angiogram di makmal kardiologi invasif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Keesokannya, 22 Februari; Ustaz Kazim Elias selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, kira-kira jam 3.20 petang. Beliau kemudiannya dibawa dengan ambulans Hospital KPJ Ipoh untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


*Status facebook (juga di Instagram) yang dikemaskini Dato' setelah sihat sedikit.


Dah banyak hari sy tidak update status.. Smlm sekitar jam 1ptg sy sgt tidak selesa, penat sgt2 dada pedih n berdebar dgn kuat. Smpi saat ini sy masih tidak boleh bercakap dgn baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu sy rs inilah saat akhir sy didunia sy dah pasrah dan redha kalau Allah jemput sy. Syukur Allah mudahkan sy dgn sikit ujian. 3 saluran arteri sy tersumbat 99%, 90% n ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung sy stabil.Sy mengambil kesempatan disini memohon maaf zahir n batin dunia akhirat jika sy ada tersalah silap dgn saudara2 sahabat2 sekelian. Buat keluarga sy minta maaf,buat, ank2 ayah minta maaf sbb sgt kurang masa kita bersama.. Harap anak2 ayah faham kerja dakwah ayah.....Skrg sy kmbali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan sy x brp baik.. Buat staf n pelajar Al Barakah teruskn usaha selama ini, jgn mengalah jgn lemah semangat dan kalau jd apa2 pd sy jgn ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa sy.Doakn sy ye.Tq semua doktor, nurse dan yg membantu n menziarah sy. Kalau sy panjang umur kita jumpa lg... Sy rindu dgn anda semua. .. Sy insan dhoif maafkan sy.....
posted by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on

25 Februari; Keadaan Ustaz stabil. Kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Alhamdulillah. Pagi Sabtu 27 Februari 2016, Ustaz telah dibenarkan keluar wad (discharge).

*****
Dato Ustaz Kazim dan seisi keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan keselamatan beliau.
Kini (29 Februari), beliau sudah boleh bersenam dan berjalan perlahan-lahan. Oh ya, pihak Al-Barakah menerima terlalu banyak permintaan untuk menziarahi Ustaz Kazim. Pihak Ustaz telah bersetuju untuk menerima rombongan lawatan dan ziarah daripada orang ramai pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Mac dan April ini. Segala urusan lawatan rombongan boleh berhubung dengan Puan Zainab di talian 05-5260321 (waktu pejabat). Terima kasih. 

Jaga diri elok-elok, DUKE. Moga lekas sembuh dan akan terus dipermudahkan. Dan semoga kita yang lain juga akan sentiasa menjaga diri dan kesihatan. Insya-Allah.
"Ada harinya kita akan susah, meninggal dan sakit. Kita tak tahu bila hari itu akan tiba. Jadi berbaiklah dengan jiran dan semua." - DUKE


[ Gambar: Facebook Ustaz Kazim | Berita: Sinar Harian ]



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top