Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Love is letting go


Cinta adalah tentang melepaskan.


Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa kita perlu jumpa, jika sudahnya kita tahu hala tujunya. Saya tahu jika sesuatu itu kita sudah mulakan, ia boleh jadi kebiasaan. Jika dah biasa ada, bagaimanalah nanti jika benda itu tiba-tiba tak ada.

Tapi saya tak nak fikir jauh. Nanti apa pun tak jalan. Saya yakin, setiap satu itu bersebabkan. Dan kita ditakdirkan saling kenal, untuk saling belajar banyak hal. Jadi adalah lebih baik saya hargai saja apa yang sedang ada di depan mata.

Namun perkara yang saya takuti itu, tetap terjadi. Awak tetap hanya salah satu pinjaman daripada Tuhan. Dan akhirnya, awak terpaksa pergi juga.

Kenangan dengan awak memang saya dan mak tak boleh lupa. Suara awak memanggil yang kadangkala manja, dan kadangkala garang itu terdengar-dengar di telinga saya. Ingatan terhadap awak yang golek-golek, baring dan sangat bijak seakan memahami perkataan kami itu masih mencuit hati.

Awak sakit di hadapan mata kami, seksakan awak nak menelan? Bukan sahaja ubat, makanan kegemaran awak pun awak tak lalu makan. Tidur pun tak lena kami lihat, kasihan awak. Tak apalah awak pergilah. Dah tiba masa awak berehat.

Tiada lagi ikan yang perlu direbus setiap pagi. Saya nak pandang periuk yang selalu diguna tu pun sebak sebenarnya. Tak apalah, awak jumpa Tuhan kitakan? Jadi saya redha.

Hmm. Rindunya nak peluk, cium-cium dan menyakat awak lagi. Dan moga awak damai di sana, meow.

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

(HR Muslim)
Oken dalam kenangan.
April 2013- April 2016.

(Mati akibat demam kuning yang teruk.) :(


Gambar : truthofislam2529

3 yang menasihati

  1. Haiwan kesayangan Rasulullah. Tempatnya pasti di Syurga. Semoga Oken tenang di sana. =)

    ReplyDelete
  2. Awww... Dua tunggu akak kat pintu syurga.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top