Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Apa Itu Hari Nakbah (Palestin)?




Apakah itu Hari Nakbah (Nakba Day)?

Nakbah dalam bahasa arab bermaksud bencana yang amat dahsyat.

Hari Nakbah adalah hari 'bencana' bagi rakyat Palestin sehingga mereka terpaksa lari meninggalkan rumah dan kampung halamannya pada 15 Mei 1948.

Nakba Day
15 Mei 2016 ini genaplah 68 tahun memperingati peristiwa Nakbah. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Sehingga kini dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka (tidak pernah pulang). Moga doa-doa dan petolongan kita sesama saudara seagama dan atas dasar kemanusiaan ini tidak pernah putus. Insya-Allah.

A Palestinian protester holds a Palestinian flag during clashes with Israeli troops at a protest ahead of Nakba day, in the West Bank village of Bilin near Ramallah May 13, 2016. (Photo: Shadi Hatem/ APA Images)



***
Mahu menderma?
 (Untuk Palestin, dan juga beberapa negara memerlukan lain):


Aqsa Syarif  (My Care): Laman Web | Facebook 




Muslim Care: Laman web |  Facebook 



Islamic Relief Malaysia: Laman Web | Facebook



Aman Palestin: Laman Web | Facebook



Semoga Tuhan redha dengan usaha-usaha kita. Dan dipermudahkan semuanya, insya-Allah. Ameen.

Bersama-sama tanda cinta. Cinta kerana-Nya. 


1 yang menasihati

  1. http://kasutkaca15.blogspot.my/2016/05/tudung-raya-dari-kasutkaca15.html



    jom join. senang sgt

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top