Apa itu Supermoon (Bulan Penuh Perigee) dan kaitannya dengan air pasang besar?


Apa itu supermoon (fenomena bulan penuh perigee)?

Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee ini berlaku sekali setiap bulan, pada tarikh-tarikh yang berlainan dan asbab kejadian ini ialah kerana orbit Bulan ini tidak sempurna bulat. Ia berbentuk elips. Ketika ini Bulan berada pada jarak 356511 km daripada Bumi.

Fenomena Bulan Penuh Perigee ialah kejadian di mana Bulan Penuh berada pada kedudukan Perigee (paling hampir dengan Bumi). Bulan Penuh kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah berbanding bulan penuh biasa. Air Pasang Besar dijangka berlaku sekali lagi.

Walaupun jika dilihat dari segi fenomena, kejadian Bulan Penuh Perigee ini tidaklah mempunyai apa-apa ‘kesan istimewa’, namun ada satu perkara menarik mengapa supermoon kali ini lebih unik berbanding yang lain.



Berdasarkan kiraan falak lagi, supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948! Maknanya, dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, kejadian kali ini adalah yang paling top! Kita perlu menunggu 25 November 2034, untuk sekali lagi mengalami supermoon yang lebih super berbanding biasa!

(Boleh rujuk: Falak Online)

Apa kaitan supermoon dengan air pasang besar?

Setiap kali Bulan Penuh Perigee, kita akan mengalami air pasang besar. Pada bulan lepas (Oktober) penduduk di pantai barat khasnya terpaksa mengharungi air laut yang melimpah naik ke darat. Ketika itu, perbezaan waktu antara antara Bulan Penuh dan Bulan Perigee ialah 19 jam.

Pasang naik dan pasang surut air laut disebabkan oleh graviti Bulan (dan Matahari) terhadap Bumi. Walaupun Bulan ukurannya jauh lebih kecil daripada Matahari, tetapi pengaruhnya lebih besar kerana letak Bulan jauh lebih dekat ke Bumi berbanding Matahari.

Gaya graviti menarik air laut ke arah Bulan dan Matahari dan menghasilkan dua unjuran pasang surut tarikan graviti di laut. Lintang dari unjuran pasang surut ditentukan oleh deklinasi (keserongan), sudut antara paksi putaran Bumi dan bidang orbit Bulan dan Matahari.

Kerana Bulan berada cukup dekat dengan Bumi pada saat Bulan Purnama perigee 14 November 2016, maka pada saat itu akan terjadilah pasang naik yang sangat tinggi dan pasang surut yang sangat rendah. Pasang laut seperti ini juga terjadi pada saat fasa Bulan Baru.


(Merujuk: Infoastronomy.org Bintang.com)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (Ar-Rahman; ayat 5)
3 FAKTA MENARIK BULAN

1. Proses kelahiran yang unik
Mengikut teori, bulan terjadi apabila sebuah batu bersaiz planet Marikh menghentam bumi ketika awal pembentukan sistem suria 4.5 billion lampau. Hentaman ini menghasilkan serpihan-serpihan atau 'debris' ke ruang angkasa beribu-ribu km jauhnya. Setelah sekian lama, debris ini membentuk batu gergasi yang dinamakan bulan hari ini.

2. Putaran bulan yang unik.
Sama ada kita perasan atau tidak, bulan sebenarnya menghadap ke arah kita dengan wajah yang sama. Tidak pernah berubah. Ini kerana putaran bulan pada paksinya sangat perlahan dan memakan masa sebulan untuk lengkap satu putaran. Dalam masa sebulan itu jugalah bulan lengkap mengorbit sekeliling bumi. Ini kerana graviti bumi telah memperlahankan dan menstabilkan pergerakan bulan.

3. Selamat tinggal bulan!
Ketika anda membaca artikel ini, bulan sedang berangkat meninggalkan anda. Saintis melaporkan bulan sedang bergerak 3.8 cm setiap tahun. Bagaimana ini terjadi? Ianya terjadi kerana bulan menggunakan tenaga daripada putaran bumi untuk menolaknya jauh daripada kita. Ketika awal pembentukannya, bulan hanya 22,530 km daripada kita. Sekarang kedudukannya sudah 450,000 km.

Sumber; Zul Astrogamb‎ 
Kredit : Hoshizora Astronomy Club ( HAC ) - Space.com


Gambar oleh Harris Jeffrey
Untuk mengetahui perkembangan keadaan cuaca dan laut serta air pasang besar boleh merujuk: Facebook Met Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) atau laman web mereka.
Gambar oleh AmirAzim
Jika ingin melihat banyak gambar bulan yang menarik boleh merujuk post di facebook falak online ini atau ke instagram dengan hashtag bulan. Terima kasih.

***
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. - (Surah fussilat [41:37])


1 yang menasihati:

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top