Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Minta pertolongan Allah tunaikan hajat


Muslim sebenar suka menolong. Mereka tidak tenang melihat orang lain dalam kesusahan. Dan jika dia suka membantu, insya-Allah, Allah akan membantunya pula. Masya-Allah, hebat bukan? Jadi jom kita terus bantu-membantu. Kita jaga hubungan kita dengan Tuhan dan kita jaga hubungan kita dengan insan, insya-Allah hidup kita akan dipermudahkan.

MAHU DIBANTU ALLAH 


- Tolong orang, Allah akan tolong kita
Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya, selagi hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ini janji Allah. Pastinya Allah tidak akan memungkiri janji.

- Ringankan beban orang, Allah akan ringankan beban kita di akhirat
“Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. “ (Hadis riwayat al-Bukhari).

- Berikan yang di dunia, akan dapat syurga
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga; rahiq makhtum.” (Hadis Tirmidzi)

- Makin banyak menolong, makin Allah suka
*Daripada Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi SAW dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah dan amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?” Rasulullah SAW menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesusahan atau engkau melangsaikan hutang atau menghilangkan kelaparannya. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama saudara seislamku untuk (menunaikan) hajatnya lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. (Riwayat Thabrani)

*Hadis ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib” (2623)

Jadi, jom tambahkan amal dengan ikhlas membantu yang lain. Insya-Allah ganjarannya besar!


7 Tempat Berdoa dalam Solat

Solat itu sendiri bermaksud doa. Maka sepanjang solat, kita sepatutnya dalam mood sedang meminta dan berharap kepada Allah. Itulah erti khusyuk.

Sekalipun tudak mampu khusyuk pada setiap saat, apa kata kita usahakannya di paling kurang TUJUH masa tersebut. Caranya dengan berdoa pada saat itu.

1. Selepas takbiratul ihram sebelum al-Fatihah.
(Ya Allah, jauhkanlah antara aku & kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur & barat. Ya Allah, sucikanlah kesalahanku sebagaimana pakaian yang putih disucikan daripada kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan salji, air dan kesejukan)." (HR. Al-Bukhari no. 744 dan Muslim no. 598)
2. Dalam al-Fatihah. (Surah ini sendiri adalah doa).
3. Dalam rukuk.
Dari Aisyah ra berkata:”Adalah Nabi SAW ketika ruku’ dan sujud membaca bacaan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِى
“Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan kami , segala puji hanya bagi-Mu, maka ampunilah aku.”( HR Bukhari I:207)
4. Ketika iktidal. (Selalu sewaktu inilah kita membaca qunut nazilah. Dibaca ketika malapetaka menimpa umat islam.)
5. Dalam sujud. (Doalah sebanyak-banyak dalam hati. Waktu inilah paling dekat kita sebagai hamba dengan Allah.)
6. Ketika antara dua sujud. (Bacaan ketika itu juga merupakan doa.)
7. Selepas tasyahud sebelum salam.

Gambar: Shafiqolbu
SEMOGA KITA TERUS BERSUNGGUH DAN IKHLAS DALAM BERIBADAH DAN BERDOA. SERTA DIBERI KEKUATAN DAN KEMUDAHAN. INSYA-ALLAH. APAPUN JANGAN PUTUS ASA ! TUHAN MENILAI SEMUANYA. 

SEKIAN PERKONGSIAN. TERIMA KASIH.


Rujukan: 
Ezy Dakwah, siri 24 dan siri 25 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top