Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

#ProjekBegSekolah: Mari Menderma Beg!



Setelah menonton MHI di suatu pagi, saya terus ke facebook Projek Beg Sekolah (PBS). Di sana saya membaca tentang usaha murni pihak PBS untuk membantu pelajar-pelajar daripada golongan keluarga kurang mampu / miskin bandar untuk mendapatkan beg sekolah bagi musim persekolahan yang akan datang.

  • Kaedah perlaksanaan:
Beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih.
  • Bagaimana ingin menjadi Focal person?
Hubungi nama yang tertera di poster atau PM kami untuk maklumat maklumat lanjut.

Bagaimana ingin menyumbang?

Anda boleh berikan beg baru atau preloved kepada focal person terdekat dengan kawasan anda. Senarai Focal akan dikemaskini di Facebook PBS.

Anda juga boleh memberi sumbangan sebanyak RM25/beg dan di masukkan ke akaun Maybank atau CIMB Pengasas Projek Beg Sekolah  Salwa Mohd Saleh, dengan merujuk di sini : facebook

Nota: PBS adalah projek NGI (non government individuals). Kami tidak dapat menyediakan resit untuk pengecualian cukai atau zakat. Berikan sumbangan hanya jika anda percaya kepada kami. :)

Jadi semua, mari menderma. Setiap rezeki untuk dikongsi bersama. Moga Allah redha.


Mohon sebarkan untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top