Salam. Hai. Saya Anem. Minat membaca, menulis dan mengambil gambar. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada teguran, cadangan atau pendapat, boleh tinggalkan di ruangan komen. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian. Selamat berpuasa. :)

E-mail: arnamee@gmail.com


Apa itu Ransomware & Virus WannaCry?

Gambar: wikipedia
Baru-baru ini ransomware bernama WannaCry tiba-tiba diperkatakan. Virus ini "ditakuti" kerana ia menyerang dengan cepat. Sebelum menceritakan lebih lanjut mari kita kenali dulu apa itu Ransomware.

Ransomware adalah istilah umum untuk semua **malware (yang sesuai dengan namanya; Ransom) dengan meminta wang tebusan kepada pengguna yang komputernya dijangkiti. Ia menyerang komputer berasaskan Windows yang lama. Pengguna sanggup membayar kerana ia meminta wang jika mahu membuka atau mengakses fail & dokumen yang dijangkiti. Dalam erti kata lain sangat mengganggu kelancaran kita dalam menyiapkan kerja.

Apa itu Ransomware WannaCry?

*WannaCry mula dikesan baru beberapa hari yang lepas, ia telah pun menyebabkan pelbagai masalah di serata dunia. Perkhidmatan kesihatan seperti National Health Service di UK, kilang pembuat kereta Renault di Perancis dan sebagainya tergendala. Malahan telah menyerang lebih 100 buah negara.

*Juga dikenali sebagai WannaCrypt

Bagaimana untuk elak daripada dijangkiti Ransomware?

Buat masa ini, pihak Microsoft telah mengeluarkan patch untuk mengatasinya di Windows XP dan terkini, selain menekankan yang mana pengguna perlu sering mengemaskini Windows Defender, dan menggunakan versi Windows terkini untuk mengelak perkara ini.

Menurut mereka, satu-satunya cara untuk menghalang serangan ini ialah dengan memuat-turun kemasan keselamatan oleh Microsoft sebelum anda diserang oleh perisian WannaCrypt ini. Selain itu kita perlu berjaga-jaga untuk tidak pergi laman web yang tak dikenali atau memuat turun sebarang fail melalui e-mel orang yang kita tak kenal.

Serangan ini juga dilihat kini telah dapat dikawal – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat variasi daripada ransomware ini hadir pada masa akan datang.

Boleh juga download Ransomfree untuk elak komputer kita daripada diserang ransomware.

Bagaimana mahu tahu jika komputer kita telah dijangkiti?

Boleh cuba lihat kemungkinan dijangkit malware dengan Muat-Turun Eset EternalBlue Vulnerability Checker. Ia akan memberitahu komputer kita berpotensi atau dalam erti kata lain dijangkiti. Tapi tidak semestinya WannaCry, cuma mungkin telah diserang malware lain. Selalunya ia mudah menjangkiti windows yang tidak dikemaskini (update). Jadi perlulah mengemaskini windows dan antivirus serta backup fail jika ini terjadi.

Ada cara tak untuk menghapuskan ransomware jika ia berlaku (telah dijangkiti)?

- Boleh cuba memuat turun dua fail ini untuk mendapatkan fail yang hilang setelah dijangkiti. Antaranya Wanakiwi atau Avast juga ada mengeluarkan Avast Ransomware Decryption Tools.. Ini mungkin sementara. Namun pasti akan ada perisian lebih baik akan dibuat oleh pengkaji untuk masa akan datang.

Untuk perkembangan di Malaysia, boleh lihat kemaskini maklumat oleh SKMM.

- Jika mahu tengok secara langsung setiap rangkaian yang telah dijangkiti cuba hubungi domain yang ditetapkan penggodam: di web ini.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan terselamat daripada dijangkiti ransomware ini. Insya-Allah.


**Malware adalah suatu program yang dirancang dengan tujuan untuk merosak dengan menyusup ke sistem komputer. Virus di komputer juga adalah salah satu malware; perosak.




Antara sumber maklumat:




1 yang menasihati:

  1. Baru tahu tentang Ransomeware ni. Sebelum ni dengar aje. Terima kasih, Anem.

    Selamat berpuasa juga buat Anem sekeluarga. =)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top