Salam. Hai. Saya Anem. Minat membaca, menulis dan mengambil gambar. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada teguran, cadangan atau pendapat, boleh tinggalkan di ruangan komen. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian. :)

E-mail: arnamee@gmail.com


Cara Solat Sunat Dhuha & Doanya


Solat Dhuha sering dikaitkan dengan rezeki. Namun sebagai hamba-Nya, kita beribadah adalah sebagai tanda kehambaan, cinta dan pengharapan kepada-Nya. Untuk rezeki, usaha kita perlulah seiring dengan doa dan ibadahnya. Moga perjalanan hidup kita semua diberkati dan dipermudahkan.

Cara Solat Dhuha:

2 rakaat dan 1 salam (seperti subuh. Cuma tiada doa qunut.). Boleh buat banyak rakaat. Namun tetap dua rakaat satu salam.

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah daripada al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Waktu boleh mula: Lebih kurang 30 minit selepas subuh
Waktu solat ini tamat (tak boleh solat Dhuha dah): 10 minit sebelum zohor
Bilangan rakaat: 2 – 12 rakaat

Niat:

ﺃﺻَﻠِّﻲ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﻀُﺤَﻰ ﺭَﻛَﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌﺎﻟﻰَ

“Usholli sunnataantd-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa”.
“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala.”

Antara surah yang boleh dibaca selepas al-fatihah (surah lain pun boleh): Al-syams, al-dhuha, al-kafirun, al-ikhlas.



Dhuha mempunyai keberkatan tersendiri. Jika tidak, tentu Allah tidak bersumpah dengannya.
Malah Rasul bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat subuh berjemaah, kemudian sambung duduk berzikir mengingati Allah dan selepas itu dia mengerjakan solat dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah.” (Riwayat al-Tirmizi).
- Waktu dhuha mempunyai cahaya menerangi.
- Menerangi hati ketika gelisah

Doa Dhuha (Baca setelah habis solat)


Ada apa dalam dhuha?
- Nikmat (Dhuha itu sedekah melalui anggota sendi)
- Perlindungan Allah (membaca doa ini pagi dan petang 3 kali, akan jauh daripada perkara mudarat.)
- Dapat petunjuk
- Diberi kecukupan (Rujuk juga: hafizfirdaus.com):

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097).


Sumber gambar:  Nisaa Lim Nisaalim |  Pakcikli00
Kesempatan Dhuha
Hebatnya waktu dhuha sehinga Rasul mewasiatkan. Sibuk bukan alasan. Ambil masa zikir atau baca doa pada pagi jika tak sempat dhuha. Moga dhuha menjadi kekuatan dan pelindung kita. Insya-Allah.

Jika mahu lebih lengkap rujuk juga: shafiqolbu.wordpress



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top