Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Cara pergi PWTC naik KTM (PBAKL | KLIBF | Pesta Buku) @ WTCKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akhirnya kembali pada hujung minggu ini setelah bertahun tidak ada! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ya, boleh jadikan aktiviti cuti sekolah dan hujung minggu yang sangat menyeronokkan dan bermanfaat! 

Jangan tak tahu, selain banyak penerbit buku terlibat, penggunaan E-Wallet juga disediakan untuk jual beli. 

Kepada para pengunjung PBAKL 2022,
anda digalakkan untuk membawa beg kitar semula, beg troli, dan sebagainya untuk memudahkan anda membawa buku yang dibeli.

Bersama kita menjaga alam sekitar dan mengurangkan penggunaan beg plastik.

Kembalinya juga di lokasi kegemaran ramai, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur / World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)*.

Berikut adalah maklumat asas tentang WTCKL bagi yang baru pertama kali akan hadir ataupun yang sudah lupa.

🚊 Pengangkutan Awam 

• LRT: Stesen PWTC.

• KTM Komuter: Stesen Putra.

• Grab: Cari destinasi "World Trade Centre" atau "Pusat Dagangan Dunia", pilih "WTCKL - World Trade Centre Kuala Lumpur - Main Entrance".

• Dari KLIA/KLIA2, naik ERL ataupun bas ke KL Sentral, kemudian naik KL Monorel ke Stesen Titiwangsa, dan tukar ke LRT Ampang Line untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen LRT Kelana Jaya Line (Gombak) ke Stesen Masjid Jamek, dan tukar ke LRT Ampang Line untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen LRT Putra Heights terus ke Stesen PWTC.

• Dari Terminal Bersepadu Selatan, naik LRT terus ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen MRT Kajang ke Stesen MRT Maluri, tukar ke LRT untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen MRT Merdeka, tukar ke LRT untuk ke Stesen PWTC. 

🚘 Kenderaan Sendiri (Parkir) | Parking

• Parkir di bangunan PWTC agak terhad.

Parkir WTC, pintu masuk ada dua. Satu berdepan tapak Hentian Putra, satu lagi di seberang Sunway Putra Hotel. Kedua-duanya insya-Allah senang ditemui.

• Parkir alternatif ialah di Sunway Putra Mall, berhadapan Seri Pacific Hotel. Boleh jalan kaki ikut jejantas ke WTCKL.

🍝 Makan Minum 

• Riverside Restaurant dan beberapa kiosk makanan ada di dalam WTCKL.
• Medan Selera Putra Laut di sebelah luar WTCKL / Seri Pacific.
• Restoran, kafe, medan selera di Sunway Putra Mall.
• Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam WTCKL.

🏨 Hotel (paling hampir) 

• Seri Pacific Hotel (bersambung dengan bangunan WTCKL).
• Sunway Putra Hotel (bersambung dengan Sunway Putra Mall).

📍Lokasi Penting

• Pentas Utama: Aras 2 (sama aras dengan pintu masuk utama) 
• Mandiri: Aras 2
• Bilik Mawar: Aras 2
• Dewan Tun Razak 3: Aras 3
• Dewan Tun Razak 4: Aras 4
• Rehat & Baca: Aras 4
• Bilik Kuala Lumpur: Aras 5
• Surau ar-Rahman: Aras 3
• Bank dan mesin ATM: Aras 2
• Admin: Di hatimu 🙈

Jumpa di sana, 3–12 Jun 2022!

Sekiranya anda mencari perkhidmatan ATM dan Surau di WTCKL, terdapat 2 mesin ATM di aras 2, iaitu mesin ATM bank rakyat di tepi pejabat pos dan mesin ATM CIMB di tepi pintu masuk CIMB. 

Untuk surau pula, ada 2 pilihan; 1) Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 (tangga naik di sebelah kedai serbaneka) 2) Surau di luar pintu masuk bersebelahan hotel Seri Pacific.

Senarai jadual acara pentas utama & aktiviti di ruang rehat & baca, boleh rujuk di laman sesawang www.klibf.my

* WTCKL ialah nama baru bagi PWTC setelah penjenamaan semula pada tahun 2020.

2 yang menasihati

  1. Anonymous1:23 PM

    Terima kasih atas panduan ini.

    ReplyDelete
  2. Sgt membantu! T.kasih..😊👍🏻

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top