Alarm berbunyi, tapi kepala anda terasa berat. Mata masih mahu terpejam, badan lenguh, dan sakit di leher yang entah dari mana muncul kembali. Anda cuba bangkit, ingatkan mandi atau kopi panas boleh membantu – namun tidak. Rasa sesak nafas mula datang, dada terasa sempit, dan badan seolah-olah memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Tapi bila jumpa doktor, katanya anda sihat.
Di pejabat, orang lihat anda sering MC dan mula berbisik – adakah anda “buat-buat” atau “malas”? Tapi hakikatnya, inilah tanda-tanda Somatic Symptom Disorder – satu masalah di mana emosi dan tekanan yang terbuku dalam hati, berubah menjadi gejala fizikal yang tak nampak puncanya.
Adakah anda alami perkara yang sama?
• Sakit yang tak berkesudahan walaupun doktor kata anda sihat
• Rasa lesu yang berlanjutan, susah nak fokus kerja
• Gejala yang datang berulang tanpa sebab yang jelas, lebih dari 6 bulan
Mungkin badan kita yang cuba bercakap tentang perasaan yang tak terungkap. Jangan cepat menilai mereka yang sering rasa “tak sihat”. Kadangkala, kesakitan ini lebih daripada sekadar fizikal – ia adalah jeritan emosi yang memerlukan perhatian.
Sayangi diri, luahkan bila perlu. Kesihatan mental itu tidak ternilai.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.