Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin & hukum menghadiri majlis tersebut bagi yang diundang ?

Setelah membaca artikel proses perkahwian:  peminangan, pertunangan dan pernikahan, pastinya semua mempelai memikirkan tentang kenduri kahwin pula, jadi disini Anem berkongsi sedikit soal jawab berkaitan. 

HUKUM BUAT / MENGADAKAN MAJLIS KENDURI KAHWIN (WALIMATULURUS) ?

Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan yang disediakan bagi meraikan perkahwinan pasangan pengantin baru .Ulama sepakat mengenai pensyariatannya dan khilaf sama ada wajib atau sunat mengadakannya . ( Ada yang kata wajib, ada yang sunat )

Mereka yang mewajibkan adalah Imam Ahmad. Ibn Aqil dan sebahagian ulama mazhab Syafi'i. Walaupun sekadar seekor kambing seperti diperintah Rasulullah s.a.w. Hukum wajib adalah ke atas suami . Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.aw kepada Abdul Rahman bin Auf : " Adakalah walimah walaupun hanya denganseekor kambing ". (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Namun pendapat yang terkuat dan kebanyakan ulama adalah sunat mu'akkad . Ini juga pendapat Imam al-Nawawi. Mengadakan walimah selepas pengantin berjimak adalah afdal seperti yang dilakukan Baginda s.a.w.

Riwayat daripada Anas r.a beliau mengatakan : " Rasullullah s.a.w pernah mengadakan walimah pada malam pertama beliau menggauli Zainab . r.ha. beliau mengenyangkan kaum muslimin dengan roti dan daging , lalu keluar mengunjungi isteri-isteri beliau yang lain untuk mengucapkan salam dan mendoakan mereka , dan merek ajuga memberi salam dan mendoakan Bgainda. Baginda melakukan hal itu pada pagi hari setelah malam pertamanya (Riwayat al-bukhari ).


Dalam mengadakan kenduri kahwin / walimah disunatkan :

- Mengundang orang soleh sama ada kaya atau miskin. Menjadi haram dihadiri jika mengundang yang kaya sahaja .
- Sunah dirayakan tiga hari setelah pasangan berkumpul .
- Hidangkan apa saja, janji halal dan tidak berlebihan dan tidak boros.


 [ gambar: bajet kenduri kahwin ]

HUKUM MENGHADIRI KENDURI KAHWIN / WALIMATULURUS &BERDOSA TAK JIKA TAK PERGI KENDURI KAHWIN BILA DIUNDANG ATAU BILA ORANG JEMPUT ?


- Wajib jika yang menjemputnya orang islam . Namun jika dalam majlis ada kemugkaran dan kita tidak hadir kerana keuzuran , maka tidaklah berdosa.

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : 'Jika salah seorang antara kamu diundang , hendaklah dia menghadiri . Jika dia berpuasa hendaklah mendoakannya dan jika tidak berpuasa hendaklah dia makan makanannya ." (Riwayat Muslim )

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak menghadiri undangan bermakna dia telah bermaksiat kepada ALLAH dan RasulNYA " (riwayat al-Bukhari dan Muslim )

TIDAK WAJIB / GUGUR HUKUM WAJIB HADIRI APABILA :


- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja .
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa.
-Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram .
-Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak .
-Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syariah .

SEBAGAI TETAMU , DISUNAHKAN MENDOAKAN UNTUK TUAN RUMAH DAN PENGANTIN :

Untuk tuan rumah :
"Ya ALLAH , berilah makan orang yang telah memberiku makan dan berilah minum kepada orang yang memberiku minum " (Riwayat Muslim )

Untuk pengantin :

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


'barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir"



"Semoga ALLAH memberkatimu dan memberkati pernikahanmu , serta semoga ALLAH menyatukan kamu berdua dalam kebaikan " . *Riwayat Abu Daud .


=== Ustaz Fadzli Al-Yamani // Majalah Solusi 29 ==

6 yang menasihati

  1. teringat dlu ustaz ada ckp, hukum bg tetamu yg dijemput utk hadir kenduri adalah wajib, jd jatuh berdosa jika xhadir... tul tak..?

    ReplyDelete
  2. sekarang ni tak dapat selalu penuhi jemputan kenduri. selalu kene dahulukan samada yg dekat atau jemputan yg dapat dulu~

    ReplyDelete
  3. hehe kalo dulu g majlis rmh kwn mak. skrg ni slalu dpt jemputan kawen kwn sdiri plak. hee ^^

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:27 PM

    wajibkah kita menghadiri setiap kali kita mendapat undangan perkahwinan? apakah hukumnye? dan apakah hukumnye bila sesuatu majlis tu di mana kita tidak di undang tetapi kita ada bersama-sama untuk meraikannye? tolong jelaskn... terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz,bagaimana pula untuk isteri yg dalam tempoh iddah kematian suami?

    ReplyDelete
  6. assalammu'alaikum ustaz, selain dari menjemput insan yg kurang berada, siapakah yang harus kita jemput sekiranya kekurangan bajet terhadkan nombor undangan?

    Saya telah mendahulukan keluarga dn hanya teman rapat yang telah banyak melalui suka duka saya sejak sebelum kahwin. Namun umi saya ingin menjemput sahabat-sahabatnya yang tidak saya kenali langsung dan sememangnya saya tidak terdaya untuk menambahkan kos lagi kerana dalam proses untuk mendapatkan rumah.

    Apakah dan bagaimana harus saya menjelaskan pada umi tanpa mengecewakannya? Harap ustaz dapat nasihat.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top