Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Minat membaca, mengambil gambar dan menulis (terkini; 2017, menulis untuk blog iluvislam.my & terlibat dengan buku antologi puisi kemerdekaan: Bianglala Melukis Syurga)

Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada sebarang pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen atau e-mel ke arnamee (at) gmail.com. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian.

Kasut Nike Roshe Run untuk wanita (bukan sekadar kasut sukan)


Kasut adalah keperluan. Namun untuk wanita yang mungkin bosan atau tidak mahu memakai kasut tumit tinggi setiap hari, kadangkala mahu juga cuba bergaya dengan kasut lain. Tapi kasut bagaimana yang sesuai untuk pakai seharian namun masih kekal bergaya?

Kasut Nike Roshe Run adalah jawapan yang tepat untuk itu. Nike yang sememangnya dikenali ramai sebagai jenama popular yang menawarkan pakaian sukan dan kasut terbaik untuk pelanggan mereka, sangat memahami dengan memberi pilihan yang banyak untuk kasut jenis Nike Roshe Run ini. Malah boleh dipadankan dengan personaliti si pemakai. Bukan sekadar kasut sukan, banyak jenis gaya yang boleh dipadankan dengan Nike Roshe Run ini. Antaranya:

1. Hip Casual


Nike Roshe Run pasti akan menjadi pengganti yang sempurna untuk kasut rata atau sandal yang kita pakai. Malahan Nike Roshe Run sangat padan dalam memberi gaya kepada pakaian harian kita. Contohnya, pilih saja kasut Nike Roshe Run hitam, padankan dengan mana-mana pakaian yang kita ada, seperti baju T asas serta seluar harian, ditambah pula dengan tudung shawl yang bergaya, clutch yang bagus dan lihatlah! Kita kelihatan santai namun penuh bergaya!

2. Smart Casual


Jika ingin bergaya ala smart casual, kasut Nike Roshe Run juga dapat melengkapkan gaya kita. Cuba bergaya dengan sedikit kelainan. Tambahkanlah pakaian yang sedia ada dengan cermin mata hitam, beg dan kasut sukan Nike Roshe Run. Kita akan kelihatan sangat menarik! 

3. The Feminine


Siapa kata kita tidak boleh memadankan sneaker seperti kasut dengan dress? Kita boleh menggabungkan sisi feminin kita dengan sisi ala-ala tomboy; seperti memadankan dress atau skirt dengan Nike Roshe Run ini juga tau. Pilih mana-mana warna menarik yang kita suka dan mula membuat gaya girly girl look. Malah sesuai juga untuk kita pakai ke banyak acara. Tak percaya, cubalah!

Sekarang pasti ramai dah tahu dah nak pilih style yang mana sesuai untuk dipadankan dengan Kasut Nike Roshe Runkan? Jadi, selamat bergaya dan melangkahlah keluar dengan yakin! Pasti tetap manis. :)



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top