Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Menjadi penulis iluvislam.my


Saya percaya setiap bakat dan ilmu yang diberi pada kita datang bersama-sama dengan tanggungjawab. Kerana itu kita semua dikurniakan bakat dan kemahiran berbeza, supaya kita saling berkenalan dan memerlukan. Alhamdulillah. Untuk separa tahun ini, saya dizinkan Tuhan untuk menulis di sebuah laman blog iaitu: iluvislam.my. Jadi terima kasih kepada team I LUV ISLAM yang mempercayai saya dan sudi memberikan peluang.

Di sini saya senaraikan beberapa artikel dan penulisan saya:


Ada beberapa lagi penulisan saya dan juga penulisan hebat sahabat-sahabat rakan penulis yang lain di laman blog tersebut untuk dibaca.

Boleh juga mengikuti i luv islam di facebook untuk perkongsian banyak lagi kata-kata, wallpaper dan tazkirah yang menarik.


Cara untuk menulis dengan blog iluvislam:

Setiap penulis perlu menghantar 4 ARTIKEL DALAM SEBULAN (memandangkan secara purata, sebulan ada empat minggu). Terpulang kepada penulis nak hantar 4 artikel sekaligus atau seminggu 1 artikel, asalkan cukup 4 ARTIKEL DALAM SEBULAN.

Artikel tidak perlu terlalu panjang, hanya 2 hingga 3 muka surat sahaja. Jenis artikel ialah motivasi, tips, pengalaman hidup, cerpen atau apa2 sahaja yang bermanfaat. Format ialah font 12, arial, 1.5 spacing (Microsoft Word). Jika ingin buat lebih muka surat, digalakkan. Jika ada yang nak beri gambar bagi setiap artikel, sangat digalakkan.

Kelebihannya: Anda boleh letak pautan blog atau perniagaan anda di hujung artikel anda sebagai promosi semula.

E-mel untuk sebarang pertanyaan atau artikel anda: penulisaniluvislam@gmail.com 
Sekian. Moga sedikit yang kami (keluarga ILUVISLAM) ada dengan izin Allah ini, dapat memberi manfaat kita bersama. Jika ada teguran dan penambahbaikan, amat dialu-alukan. Moga semua yang kita buat, Allah redha. Insya-Allah. Terima kasih.

1 yang menasihati

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top