Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Beza Azan dan Iqamat dalam solat


Azan dan Iqamat mempunyai beberapa perbezaan. Melalui Majalah Solusi 87 dan Majalah Solusi 92 berdasarkan Sumber: Al-Ashbah wa al-Naza’ir, al-Suyuti, saya kongsikan semula perbezaan yang wujud antara keduanya. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh rujuk pada mereka yang lebih berilmu tentang ini. Wallahua'lam.


Gambar: aizamarwa
Beza Azan & Iqamat 

Lafaz
Azan – Diulang dua kali
Iqamat – Satu kali

Solat Subuh
Azan – Disunatkan dua kali untuk solat subuh
Iqamat – Tetap sekali sahaja

Hai’alah
- Dalam azan disunatkan menoleh ke kanan-kiri semasa hai’alah
- Dalam iqamat Hai’alah ialah sebutan hayya ‘alassolah dan hayya ‘alafalah

Suara
- Azan mesti meninggikan suara
- Iqamat tak perlu

Waktu
- Azan boleh dilakukan pada awal waktu kemudian solat lewat selepas itu.
- Bagaimanapun iqamat hanya boleh dilakukan ketika benar-benar solat hendak dilakukan. Jika diiqamatkan kemudian tidak terus solat, maka terbatal iqamat tersebut, perlu diiqamatkan semula.

*Adalah tetap dikira azan yang dilakukan awal sedikit sebelum waktu. Bagaimanapun iqamat tetap tidak boleh.

Wanita
- Makruh wanita melaungkan azan kerana perlu meninggikan suara, tetapi tidak mengapa iqamat

Solat bersendirian
Sunat iqamat walaupun untuk solat bersendirian. Tidak sunat azan.

Berhadas
Jika azan dalam keadaan berhadas, adalah makruh. Maka untuk iqamat, lebih makruh.

Upah
- Boleh upah orang untuk menjadi tukang azan
- Namun tidak boleh upah orang hanya sebagai tukang iqamat semata-mata

Dilaungkan lambat-lambat
Sunat untuk azan dilaungkan secara lambat-lambat, tidak untuk iqamat.

Azan dan Solat

Solat yang ada azan & iqamat
- Solat lima waktu
- Solat jumaat

Solat yang tidak ada azan mahupun iqamat
• Solat sunat
• Solat nazar
• Solat jenazah

Solat yang ada iqamat sahaja
- Solat-solat wajib yang diqada sudah lama tidak diketahui tentunya
- Solat jamak ta’khir jika dilakukan pada solat yang pertama

Solat yang tidak ada azan mahupun ada iqamat tetapi disunatkan seruan untuknya:
Solat sunat berjemaah antaranya
- Solat gerhana
- Solat istisqa’
- Solat Hari Raya


*Tidak disunatkan azan untuk selain solat, melainkan untuk azan bayi yang baru lahir dan berlaku rasukan.
* Tidak disunatkan iqamat untuk selain solat, melainkan iqamat di telinga kiri bayi yang baru lahir

Jika mahu tahu lebih lanjut terutama pada azan subuh dan kelebihan azan serta iqamat ini, boleh rujuk blog: drhalimi.blogspot.my.


MOGA BERMANFAAT. INSYA-ALLAH.





3 yang menasihati

  1. Bagaimana kalau berpindah ke rumah baharu? Perlu azan jugakkan untuk 'pagar' rumah?

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:28 AM

    Assalamulaikum, saya nak bertanya untuk bayi yg baru lahir kita kena azan atau iqamat? Kah buat kedua-duanya

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top