Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah. Jika mahu sebarang kolaborasi (pengiklanan) atau ada sebarang pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen, mesej di facebook atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Apa itu depression dan cara rawatan


Sebelum pergi terlalu jauh, kita sendiri / untuk kenal orang yang alami kena tahu perbezaan antara rasa bersedih (grief) atau rasa depresi (depression). Kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit. Clinical depression (major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama.

Kemurungan klinikal atau major depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat. Jangan memperlekehkan sakit orang dan untuk yang alami, jangan terlalu ambil mudah. Kena perlu sihat dan kuat untuk diri sendiri.

TANDA-TANDA PENYAKIT KEMURUNGAN (DEPRESI)

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
Moga kita berjumpa mereka yang boleh mendengar dan memberi cadangan yang sesuai dan betul. Insya-Allah. Apapun setiap sakit bergantung pada individu, dan cara mengubati adalah mengikut kesesuaian individu tersebut.


*****

MURUNG / DEPRESI, BUKAN GILA


Kemurungan bukan bermakna seseorang itu "gila." Kemurungan boleh dibantu dan dirawat. Marilah, dapatkan bantuan yang anda perlukan.

"Orang yang mempunyai kemurungan, biasanya cawan mereka lebih besar berbanding orang yang tidak mengalami kemurungan. Maka hak mereka untuk didengari dan difahami lebih daripada orang lain. Mereka memerlukan lebih banyak sokongan. Mereka memerlukan telinga yang mendengar dengan penuh sabar. Mereka memerlukan orang yang bersikap empati dan cuba memahami. Mereka memerlukan bahu yang sanggup menahan tangisan mereka hari demi hari. Mereka perlukan orang yang menerima mereka "unconditionally."


Insya-Allah, apabila cawan mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih berfikiran rasional, emosi mereka lebih stabil dan mereka pula lebih bersedia mendengar pandangan orang lain - atau memberi hak untuk didengari kepada orang lain - atau memenuhi cawan orang lain. Ketika ini, barulah waktu yang sesuai untuk orang lain memberikan kata-kata nasihat atau tazkirah. Anda DILARANG memberi nasihat atau tazkirah SEBELUM HAK MEREKA UNTUK DIDENGARI TELAH DIPENUHI." - Akif Basri, Clinical Psychologist


Depresi Dari Sudut Islam Bersama Ustaz Don:

*****

ADA MASALAH? LUAHKAN...
Cakap tentang hak untuk didengari, siapa yang boleh mendengar? 

Kalau nak bercakap dengan seseorang melalui telefon:
(jangan risau mereka tak tanya tentang kita secara detail pun, mereka akan mendengar betul-betul.)

The Befrienders
Befriender 24 hours hotline: 03-7956 8145
Email: sam@befrienders.org.my

Kuala Lumpur: 03-7956 8145 (24 hours)
Penang: 04-2815161 (3pm -12am Mon-Thu, 5pm - 11pm Sat-Sun)
Ipoh: 05-5477 933 (4pm-midnight)
Muar: 06-9520 313 (8pm-11pm)
Seremban: 06-7653588/89 (7pm-10pm)
Melaka: 06-2842 500 (7pm-midnight)
Johor Bahru: 07-3312 300 (4pm-midnight)
Kota Kinabalu: 088-255 788 (7pm-10pm)

Laman web:  The Befrienders
The Befrienders: 03-7956 8144/03-79568145

Atau rasa nak bunuh diri ( putus asa) pun boleh juga telefon The Befrienders ini.


Kalau nak pergi jumpa pakar psikologi / ahli terapi (untuk khidmat kaunseling macam mana nak hadapi masalah): 

-The Mind Faculty: 03-6203 0359 / 03-6203 0733
Kin and Kids: 0193390902 / 0193800902

Kalau nak pergi ke pusat yang menyediakan aktiviti dan khidmat pemulihan, juga kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mental illness.

- MENTARI Malaysia (mentari.hsel@gmail.com)
- Malaysian Mental Health Association: 03-7782 5499 / Kumpulan sokongan 
- Psychiatric Day Care Centre: 03-7949 2068

Kalau nak pergi jumpa pakar psikatri (untuk mendapatkan diagnosis atau ubat-ubatan):

Hospital Universiti Malaya: 03-7949 2068
Hospital Selayang: 03-6126 3333
Hospital Bahagia Ulu Kinta: 05-5532 3337
- Hospital Permai: 07-237 3333
- Hospital Sentosa: 082-612321

*****

Melalui #MEDTweetMy Dr. Kamarul Ariffin menjelaskan ada beza di antara kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression).

"Biasanya Clinical depression (major depression) berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras. Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa (mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Tidak wajar kita label orang yang murung klinikal sebagai orang yang lemah iman, tak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun boleh diserang kemurungan klinikal. Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah (contoh: solat / puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat / puasa. Jika ia masih berakal,maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh di kategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU. Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.
Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang 'clinical depression', boleh bertanya Pakar Perunding Kanan Psikiatris #MedTweetMY iaitu Dr Amer Siddiq (@DrAmerSiddiqPsy). MedTweetMY Sedia Membantu."

*****

CARA MEMBANTU INSAN TERSAYANG YANG DEPRESS:

Melalui perkongsian Bekas Pesakit (di: http://iiumc.com/). Terima kasih untuk beliau di atas perkongsian yang bagus ini.

1. Cari info tentang Depression
"Kalau betul-betul nak bantu, fahamkan diri tentang depression bukan setakat apa & mengapa, tapi fokus lebih sikit dekat BAGAIMANA NAK BANTU dengan betul. Yang nak membantu pun, kena set mindset kita untuk BERSEDIA UNTUK LEBIH MEMAHAMI."

2. Bantu dari sudut kehidupan harian.
"Apa jua aktiviti seharian yang kita nak minta dia buat, ajak dengan baik setiap hari, ambil aktiviti yang mudah-mudah dulu & jangan paksa".

3. Komunikasi yang berterusan
"Jangan cepat mengalah bila mereka tak nak jumpa / tak nak cerita. Jangan push untuk mereka bercerita. Bila berjumpa, cukup kalau kita bercerita hal-hal yang biasa. Cerita pasal weather, movie, apa-apa yang dia suka. Teruskan berkomunikasi macam biasa, tapi jangan la over pi gossip pasal jiran sebelah pula. Ini menambah negativity, sakit kepala dia dengar. Berpada-pada &; sekali sekala tanya juga kalau dia perlukan bantuan apa-apa."

4. Faham bahawa setiap orang adalah berbeza.
"Bila kita cari info tentang fighting depression, ada yang syorkan cara barat (exercise, makan makanan berkhasiat ), pengambilan supplement, perubatan islam, group therapy dan sebagainya.

Pengalaman sendiri (bekas pesakit yang menulis ini), saya menjalani kesemua yang di atas tetapi bukan semua mempunyai efek yang baik untuk saya. Ada yang berkesan tetapi sekejap, ada yang lagi tambah kekosongan jiwa saya. Saranan saya, kenal dahulu personaliti asal orang yang sedang depressed itu, supaya kita tahu cara mana yang lebih sesuai."

5. Be supportive & tidak judgemental
Di sini, amatlah penting, utk caretaker bersikap LAPANG DADA, respect & support keputusan pesakit. Mungkin sekarang dia rasa tak selesa, tapi mungkin ok pada masa akan datang, siapa yang tahu?

Instead of cakap-cakap yang menyuruh begitu & begini, apa kata kita ubah sikit:

”Saya selalu doakan awak, diberi kekuatan sebab saya tahu Allah sayang awak, & saya tahu awak sebenarnya kuat.”
“Kalau awak nak try, jom kita join usrah sama-sama. Mana tau we will find something new.
“Jom kita sama-sama try something new. Jalan-jalan depan tu je. Hari ni 5 minit je. ”
“If u need help, nak luah perasaan, i’ll always be here.”

Bacaan lain: 5 rakyat Malaysia kongsi cerita pengalaman hadapi gangguan mental
*****





Moga kita semua menjumpai jalan terbaik untuk lebih sihat dan gembira. Semoga semuanya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Insya-Allah. Ameen.
Kita semua diciptakan bukan saja-saja, ada sebab dan kelebihan tersendiri, dan kita semua adalah pejuang (fighter)! Love yourself first and love everyone too. Take care and stay strong! ❤

Untuk bacaan:





6 yang menasihati:

  1. kalau ada insan2 macam ni disekeliling kita jangan cepat kita hukum.. cuba yang terbaik bagi moral support. atau paling senang.. doakan yang terbaik =)

    ReplyDelete
  2. Dh lama x jengah blog kak anem..tksih krana sllu comfortkn diri sy dgn tulisan kak anem.love u

    ReplyDelete
  3. Semoga insan yg alami depression ingat 1 ja..Allah syg anda..

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:49 AM

    sy perlukan bantuan kawan sy ade masalah ni.. tp sy x tau mcm ane nk tlng dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda sahabat yang baik, tahniah! Pertama sekali kena pastikan betulkah dia depression dan puncanya. Kemudian, jangan biar dia keseorangan. Jika dia luah, dengarkan. Jika dia susah nak luah, pastikan dia tetap berteman. Kemudian kita minta bantuan orang terdekat dia, atau mungkin ada beberapa nombor di atas saya sertakan, boleh hubungi tanya pendapat. Jika keadaan makin sukar, perlu jumpa pakar. Moga diberi kesembuhan dan kekuatan buat beliau. Insya-Allah. Ameen.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.






Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top