Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah. Jika mahu sebarang kolaborasi (pengiklanan) atau ada sebarang pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen, mesej di facebook atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Perkongsian) Jalan istimewa menuju akhirat

Perkongsian ini dikongsikan dengan kebenaran, daripada Al Irfan Jani - "JALAN YANG SPECIAL- UNTUK ORANG YANG SPECIAL". Bagaimana nak dapat peluang potong Que menuju Akhirat, terutama kepada kita yang berkerja atau berniaga? Bagaimana nak dapat jalan pintas dan istimewa di sisi Allah ini? Ini catatan dan pengalaman beliau.


Saya suka dengar Ibu saya bercerita kisahnya ini berulang-kali. Pengalaman beliau membeli roti Nan di Mekah. Masa tu, sewaktu beliau beratur di belakang barisan (yang ramai lelaki), penjual itu perasan dan panggil ibu saya.

"HAJAH! HAJAH!"

Sambil dia lambaikan tangan supaya ibu saya BERGEGAS datang kepadanya. Penjual itu lantas ambil duit dari tangan ibu saya, dan dia berikan roti kepada ibu. Rupanya di Tanah Haram, mereka amat menjaga hubungan lelaki dan wanita, kalau boleh, Muslimah cepat-cepatlah 'settle' urusannya.

Kisah ibu saya tadi, walaupun kita kemain seronok sebab dapat potong barisan, ada satu lagi ibrah yang paling mahal untuk kita sama-sama renungkan.

NAK TAK,
KALAU KITA DAPAT PELUANG
"POTONG QUE" MENUJU AKHIRAT?

Tempohari dalam #KuliahLiveStori, ada saya ceritakan hal ini. Sebenarnya, dalam banyak-banyak jalan dunia menuju akhirat, SUDAH PUN Allah sediakan satu highway yang paling istimewa.

Hari-hari kita baca doa ini. Hari-hari kita minta Allah berikan kita laluan ini.

1) Surah Al-Fatihah yang telah kita baca beribu kali ini,
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang yang ENGKAU BERI NIKMAT (7)"

2) Dan maksud doa dari Sunat Dhuha,
"....Limpahkanlah kepada kami segala yang TELAH ENGKAU LIMPAHKAN kepada hamba-hambamu yang soleh."

Nampak tak benda ni?

Perasan tak, rupa-rupanya, Allah kalau sayangkan hamba-Nya, mereka akan dapat layanan 1st Class daripada Allah. Nak tak, kalau kita DIPILIH oleh Allah untuk dapat semua Layanan 1st Class ini? Jadi, kita kena DOA, kena MINTA supaya Allah PILIH kita. Selain kita MINTA, kita juga kena buat sesuatu. Yalah, kata nak jadi hamba PILIHAN Allah, kan?

Kalau di dunia ni, ada macam-macam sebab yang bolehkan kita POTONG QUE. Sebab Membership Card, kita boleh potong que. Sebab cantik, kenyit mata senyum dapat layanan dulu. Sebab kabel, tak payah ambil nombor pun untuk ke kaunter.

Tapi, untuk menuju kepada Allah Yang Maha Pengasih, terdapat dua pintu untuk meraih LALUAN ISTIMEWA ini...

Pintu ZUHUD, dan Pintu WARA'

Menurut Ibnu Taymiah Rahimahullah:

- ZUHUD, bermaksud TINGGALKAN apa yang tidak bermanfaat, atau lebih banyak keburukan.
- WARA' bermaksud MENAHAN DIRI daripada apa-apa yang ada potensi mudarat, haram ataupun samar-samar.

Nak jalan yang special di sisi Allah? MINTA pada Allah supaya PILIH kita (<<< Solat)

Dan lalui 2 pintu tadi, ZUHUD, dan WARA'

Apa yang boleh kita buat untuk lalui 2 Pintu ini?

1) Kepada yang buat Dropship/ Affiliate, cuba selidik, adakah betul testimonial produk yang kita jual tu sahih dan genuine? Dapatkan nombor telefon dari HQ, dan hubungi orang yang beri testimonial.

2) Kalau ada rasa sangsi, biarlah kita sendiri yang dapatkan Testimonial ataupun Feedback daripada pelanggan kita sendiri. Daripada orang 'stranger', bukan daripada pak sedara, abang ipar duai ke apa.

3) Pernahkah kita SIASAT betul-betul kandungan produk yang tertulis di kotak produk kita jual? Benarkah tiada bahan kandungan seperti yang kita claim di iklan?

4) Cuba tanya atau 'blast' pada pelanggan yang lepas, adakah mereka berpuas hati dengan service kita? Ada ke yang berniat taknak 'halal'kan urusniaga. Kalau ada, buat refund, atau minta maaf dan dihalalkan. Sampaikan salam penghargaan paling tinggi pada mereka.

5) Adakah kita ni jadi stokis atau Ejen, kerana kita terpengaruh dengan simbol-simbol kemewahan (peribadi) daripada Owner produk? Kita yakin boleh berjaya sebab tengok Owner pakai rumah mewah, barulah kita rasa percaya nak jual produknya? Hati-hati, Rasulullah (selawat jom) ada sebut, ini adalah Al-WAHN, iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian.

6) Adakah kita pernah TERTINGGAL perkataan Insya-Allah (atau "Dengan Izin Allah") dalam banyak kempen marketing kita? Hati-hati. Pergi semak, dan tambahkan disclaimer.
Sungguh siapa yang menghindari perkara samar telah menyelamatkan kehormatan dan agamanya.
p/s: Sampaikan walau satu ayat. Rugi tau, nak kejar dunia, tapi tak dapat pun, akhirat pulak ke laut. Rugi... rugi...

*****

Siapa Al Irfan Jani ini?

Gambar: facebook @storimarketing

Al Irfan Jani – Pengasas *Storytelling Marketing di Malaysia – 10 tahun dalam dunia penulisan dan iklan. Irfan pernah muncul di SPM-RTM, MHI-TV3, dan Astro Awani.

*Membimbing supaya menulis ayat-ayat iklan yang BUKAN iklan, dengan teknik pemasaran tertua di dunia, iaitu Storytelling.  Lanjut boleh membacanya di: https://storimarketing.com/


Nota: Kita jaga (ibadah) dengan Allah, Allah akan jaga kita.

TERIMA KASIH.




0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.






Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top