Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Atau mungkin juga mahu saya design/edit banner/gambar untuk media sosial anda, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

DAN jika ada sebarang pendapat atau pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Fenomena drama Nur 2 & Leftenan Zana

Saban hari semakin banyak drama melayu yang menarik untuk ditonton. Mungkin ada yang semakin berani, atau ada yang memilih untuk mencuba di luar kotak. Dua drama yang ingin saya sentuh di sini adalah drama Nur 2 dan Leftenan Zana.


Nur 2

Awal-awal lagi watak perempuannya, Ecah dan Nur membuatkan penonton geram. Iya, Ecah bagus dalam ketaatan dan Nur baik dalam sangkaan, namun di sini menunjukkan keterlaluan boleh mengundang kepada perkara tidak baik. Perlu taat, pada tempatnya. Perlu husnudzon pada tempatnya. Walaupun kita seakan tidak sangka kewujudan perempuan seperti mereka, namun yakinlah masih ada lagi, ramai.

Watak lelaki pula, yang menonjol sebagai protagonis: Hamadi yang masih tak insaf selepas tertangkap semakin menjengkelkan, serta Adam dan Mirul yang menunjukkan iman tetap diuji walau siapapun kita. Namun asas dan amalan agama memainkan peranan di sini.

Kekuatan ayah, Datuk Ayah Haji Mukhsin dan emak Adam; Datin Ibu Hajah Musalmah antara tunjang drama. Mereka wujud dalam real life. Seorang ayah yang tegas dan emak yang masih bersungguh memberi peluang.

Kemunculan Juita, yang bertindak mahu merampas begitu nyata sekali. Dia begitu tenang, licik dan teratur. Di hadapan baik, di belakang berniat sebalik.

Kemunculan Jojo; kawan baik Nur dan  Jiran yang prihatin ; Mak cik Wongshu juga menangka perhatian dalam Nur 2 kali ini.

Pengarah dan penulis skrip Nur 1 dan nur 2; Shahrulezad Mohameddin benar-benar mahu "mencabar" perasaan dan minda penonton kali ini nampaknya.
Gambar: Twitter @ainazkh_
Oh ya, siapa pernah berada dalam kem (tentera, polis, kadet pakaian seragam apa pun, sekalipun PLKN) akan mengimbau kenangan. Betapa seronoknya setiakawan, betapa indahnya berjuang dan berlawan dalam suasana mahu lepas dan berjaya, dalam erti kata lain, semua mahu berusaha keras menjadi seorang yang terbaik. Allah.. Rindunya kawad dan kawan-kawan.

Melihatkan Zana yang tegas dalam mahu mencapai cita-cita, kuat berusaha dan tabah melawan perasaan kecewa serta tidak berputus asa membuatkan ramai remaja (juga dewasa) meminati drama Leftenan Zana ini. Erti setiakawan juga dipamerkan. Cerita terbitan JS Pictures ini harus dipuji.

Bacaan lain: Leftenan Zana raih 10 juta tontonan

Kenangan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

Jika saya, selain rindu solat berjemaah, beraktiviti lasak dan menunggu waktu mula ambil hidangan dan kembali memegang telefon (setelah disimpan), saya teringat ditegur seorang Puan di kem tentang pelembab bibir saya, dia ingat saya pakai lipstick, katanya itu bukan masa berlawa, walaupun saya menegaskan ia hanya pelembab bibir yang jenis ikut darah, saya tetap disuruh hilangkan. Kelam-kabutlah juga. Hehe. Pengalaman ini menjadikan saya lebih peka dengan peraturan dan bersedia dalam banyak hal.

*Saya ada cerita tentang PLKN di artikel ini.

Belum lagi saya diberi tanggungjawab menjadi ketua 'rumah' saya (Bravo waktu itu), sekaligus menjaga adik-adik dan memberi arahan kawad, teruja dan seronok walaupun penat sedikit, kadangkala. Itu belum lagi wujudnya kejadian-kejadian kecil yang terpahat menjadi kenangan. Alhamdulillah, masih ramai sahabat-sahabat saya yang baik di sana yang masih berhubungan dengan saya. Kini, PLKN juga hanya tinggal kenangan.

Sekian. Terima kasih sudi membaca. :)

(Banyak lagi drama Melayu yang menarik terutama jika di RTM; slot Panggung RTM manakala di Citra adalah slot Citra Eksklusif).

Pendapat anda tentang drama-drama ini? Puas hati tak dengan ending drama Nur 2? Apa pula drama kegemaran anda?

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.







Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top