Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Namun jika ada sebarang pendapat, pembetulan, penambaikan atau pertanyaan boleh saja tinggalkan di ruangan komen. Salah silap harap ditegur dan dimaafkan. Juga untuk artikel atau perkongsian yang hampir sama atau diambil terus daripada anda (jika didapati tidak sesuai / tidak wajar / tidak kreditkan nama anda beritahu semula ya). Mohon dihalalkan dan diredhakan untuk semuanya. Terima kasih.

(Review) Zine: Bicara Sama Angin - Faarihin Talip

Zine Bicara Sama Angin yang saya beli dalam bentuk pdf tulisan Faarihin Talip ini benar-benar memberi satu harapan kepada seseorang yang hendak atau suka menulis. Walaupun personaliti Faarihin adalah seorang yang rendah diri namun dia tetap cuba dan memupuk sifat yakin untuk menulis lagi dan lagi.
Saya suka bagaimana dia membahagikan setiap ideanya kepada beberapa bab. Penulisannya banyak lebih kepada luahan dan curahan hati ini, namun tetap cuba bermain dengan ritma dan cara tersendiri.

Dalam zine ini ada 4 bahagian.
  • Bahagian 1: Sajak-sajak Luahan Hati Yang Sering Aku Pendamkan
Lihat sahaja catatan nombor #4 dan #11 ini, bagaimana jelas beliau pemalu namun hasil penulisannya tetap sesuatu.

#4 (muka surat 7)
memang benar aku ini bukan pujangga.
yang bahasanya tidaklah berbunga-bunga.
apatah lagi mahu adanya hiperbola dan
metafora.
memang setiap kata-kata itu terlalu lurus sahaja.
kerana itulah aku.
yang masih bertatih menyulam kata-kata.

#11 (muka surat 14)
bukan mudah nak bermadah pujangga.
lebih-lebih lagi, bila aku ini bukan orang yang
berjiwa-jiwa.
bukan mudah nak meluahkan segala kata.
lebih-lebih lagi, bila aku ini pemalu orangnya.
  • Bahagian 2 - Bicara Sama Angin
Bijak. Pemilihan tajuk zine mungkin diambil melalui bab ini. Saya suka kreativiti beliau menggunakan elemen angin.

Pilihan saya:
#3 (muka surat 29)
ternyata kenangan itu masih ada.
benar, masih ada.
dan teringin sekali aku membuangnya.
pada angin yang sentiasa membawa awan itu
pergi.

Manakala catatan nombor #16 di muka surat 19 telah memerangkap saya, pandai juga Faarihin ini bercanda dalam karyanya. Comel dan romantik!
  • Bahagian 3 - Maksud Puisi Bagiku
Faarihin begitu tulus menampilkan rasa dan hubungannya dengan puisi melalui bab ini.

Pilihan saya:
#2 (muka surat 37)
puisi itu adalah bunyi.
yang iramanya tidak pernah sunyi.
yang lagunya tidak pernah mati.
yang akhirnya buat aku berkelana dalam
duniaku sendiri
  • Bahagian 4 - Pesan Emak dan Ayah
Bahagian nukilan ini saya hampir suka semua. Namun saya kongsikan dengan semua pembaca di sini (muka surat 44).

  • Bahagian 5: (Sebahagian) Manuskrip novel.
Manuskrip untuk novel pada muka surat 48 ini pula kira kejutan kepada pembeli zine termasuk saya. Terus ya menulis sambung kisah Fattah dan Aliya Syakirah ini? Nak tahu juga bagaimana kesudahan persaingan dan persahabatan kisah dua manusia acah kerek ini! Haha.
Buat Faarihin, jangan berhenti berlari ke langit. Terus kejar dan genggam cita-cita awak! Jangan takut kalah, tau.
*Boleh rujuk terus kepada Faarihin jika mahu membeli serta mendapatkan zine yang menarik ini (dalam bentuk pdf).


1 yang menasihati

  1. Patutlah teringat-ingat dekat blog Anem ni. Tak sangka ada review zine saya tu. Segan pun ada rasa sekarang ni. Bila baca balik zine saya tu, rasa entah apa-apa ajelah yang ditulis. Huhu. Banyak syok sendiri je rasanya.

    Terima kasih banyak anem sudi review zine Bicara Sama Angin. Terharu saya. =) Semoga selepas, diberikan kurniaan idea untuk menulis dan perbaiki setiap kelemahan yang ada.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.







Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top