Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Namun jika ada sebarang pendapat, pembetulan, penambaikan atau pertanyaan boleh saja tinggalkan di ruangan komen. Salah silap harap ditegur dan dimaafkan. Juga untuk artikel atau perkongsian yang hampir sama atau diambil terus daripada anda (jika didapati tidak sesuai / tidak wajar / tidak kreditkan nama anda beritahu semula ya). Mohon dihalalkan dan diredhakan untuk semuanya. Terima kasih.

31 Ogos: Para Jamaludin kahwin & Aliff Awan masuk tv!


Alhamdulillah. Mendengarkan khabar-khabar gembira melibatkan manusia-manusia yang kita suka sudah cukup menggembirakan kita. Begitu juga khabar yang bertandang baru-baru ini ke telinga saya.

Para Jamaludin kahwin

Tahniah diucapkan kepada penulis buku Rupa Pura-pura serta Untuk Yang Telah Pergi; Para Jamaludin aka Farah yang selamat diijabkabulkan dengan Pak Hang kesayangannya, F. Pasangan sepadan ini telah diselamat diijabkabulkan pada malam sebelumnya (30 Ogos). Dengan mengenakan busana mint green di hari persandingan  (keesokannya) serta make up on point, kecantikan Paralopa begitu menyerlah di hari tersebut. Barakallah dan moga berbahagia kalian hingga ke Jannah. Segak noh depa dua ni.

Sumber gambar: Ellail Ain - @aienaznan (telah disunting semula oleh saya.)

Aliff Awan masuk tv!



Pencapaian adik puisi kita yang mempunyai aset rambut kembang ini begitu membanggakan. Bagaimana dia mula-mula hanya berminat menulis kecil dan bercakap pendek, kini begitu berani tampil di pentas lebih besar (mewakili Malaysia) sehinggalah muncul solo di kaca TV! Sebagai anak Malaysia yang begitu cool, Aliff tidak pernah gentar menjadi diri sendiri. Tahniah Aliff! Teruskan berkarya dan menjadi berani.

Twitter Aliff Awan: https://twitter.com/aliff_awan
Youtube channel: Aliff Awan

Lihat, begitu semangat bukan adik hero kita ini?



Boleh rujuk puisinya di sini serta Instagram Aliff Awan sendiri: https://www.instagram.com/aliff_awan




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.







Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top