Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Drama Back To You yang diperkatakan


Drama Back To You (Malaysia) | Daripada trailernya yang viral dan diperkatakan sehingga menjadi trending di twitter ketika tayangannya di 8TV baru-baru ini, telefilem cina bertajuk Back To You (当时明月在)  ini membuktikan jalan ceritanya dekat di hati penonton. Dengan divariasi pelbagai kaum dan cerita kekeluargaan serta sentuhan realiti dan sinematografi serta lakonan yang mantap  dan menarik, Back  To You menjadi drama yang wajib ditonton seluruh lapisan masyarakat. Pada 16 September, drama penuh rencah dn berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia ini; Back To You sekali lagi ditayangkan di televisyen, kali ini di TV3 pula sempena Hari Malaysia.

Antara beberapa kata-kata (quotes) /  petikan skrp yang menarik perhatian saya adalah:

- "Luka yang disebabkan oleh ahli keluarga adalah luka paling dalam, paling sukar sembuh."
- "Jangan susahkan diri sendiri lagi. Sekarang kita ada pilihan. Kita boleh pilih untuk maafkan, kita boleh pilih untuk tak takut."
Sinopsis Drama Back To You

“Back To You” mengisahkan mengenai XiuMin yang melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Terdesak dengan keadaan kewangan, suami XiuMin telah memberikan anak perempuan mereka kepada keluarga berada yang tidak memiliki anak.

28 tahun berlalu, XiuMin yang kini tinggal bersama kembar lelaki ZiCheng masih berusaha untuk menjejaki Cai Yun dengan mengiklankan pencarian Cai Yun di dalam surat khabar. Pencarian mereka akhirnya berakhir apabila berjaya menjejak Cai Yun.

XiuMin teruja untuk menemui Cai Yun tetapi dikejutkan dengan penampilan anak gadisnya yang kini berhijab dan berbahasa Melayu  XiuMin tergamam seketika dan sukar baginya untuk menerima perbezaan yang tidak disangkanya itu. Zhi Cheng kemudiannya menjelaskan Cai Yun dengan nama baharuya, Sofia telah diambil oleh pasangan Melayu iaitu Aiman dan Kamariah dari rumah anak yatim setelah ditinggalkan oleh keluarga angkat Sofia. Sofia telah dibesarkan mengikut budaya Melayu dan memeluk agama Islam.

XiuMin terpempan dengan kenyataan itu kerana ada banyak perkara ingin diperkatakan kepada Sofia namun terhalang kerana perbezaan Bahasa…...

Apakah kesudahan kasih sayang dua jiwa yang terpisah kerana budaya dan agama ini? Adakah Sofia akan pulang ke pangkuan ibu kandungya, XiuMin atau memilih Kamariah yang telah memberikan sebuah kehidupan buat Sofia?

Drama Back To You Full (Malaysia):



***Klik pada 'CC' untuk sarikata Bahasa Malaysia & Inggeris***

Pelakon Drama Back To You (kllik untuk ke instagram mereka):
- Jasmine Suraya Chin
- Remon Lim
- Ernest Chong
- Azizah Mahzan
- Charlie Numan Salleh
- Yuna Rahim

Arahan: Simon Long and Moo Siew Keh

演员:Jasmine Suraya Chin陈香郿、Remon林奕廷、Ernest张顺源、Azizah Mahzan、Charlie Numan Salleh、Yuna Rahim

28年前,秀敏(林奕廷饰)诞下一对龙凤胎,嗜赌老公因为债务缠身而把满一岁的女儿彩云送人,从此音讯全无。28年后,长大成人的罗志诚(张顺源饰)已经娶妻生子,深知母亲秀敏心系失联的妹妹,因而登报寻人。一日,终于寻获妹妹彩云,却惊觉妹妹已改名Sofia(Jasmine Suraya Chin 饰)戴头巾作穆斯林打扮,口操流利国语却不谙华语。原来当年彩云辗转被送到马来孤儿院,随即被马来夫妇Aiman和Kamariah(Azizah Mahzan饰)领养,自此便在穆斯林家庭长大。秀敏满腹思念却碍于语言不通而哑口无言,只好痛心地看着Jasmine转身离去......

Gambar: Twitter: @maxzchua
Antara sumber cerita dan gambar:
- A Malaysian Telefilm “Back To You” Touches Racial Issues and the Hearts of Viewers

1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top