Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tips murah rezeki: Jangan pernah cakap tak ada duit!

Kita semua sedia maklum, kata-kata juga boleh menjadi doa-doa, dan kita tidak tahu bila pula doa kita akan dimakbulkan. Berkait hal ini, saya sertakan melalui sedikit perkongsian dan pengalaman daripada sahabat kita, Ash, tentang kata-kata dan hubungkaitnya dengan rezeki kita seharian. Moga bermanfaat.

 Gambar: Adam van den Brink
Salah satu cara untuk rezeki sentiasa murah, jangan pernah cakap "tak ada duit". Ya. Ada masa kita kurang duit atau memang tak ada, kita akan merungut. Kita kena yakin rezeki Allah itu luas (seperti yang dinyatakan dalam Doa Dhuha), dari mana pun ia datang. Kalau kita cakap tiada, maka tiadalah untuk kita.

Aku bukan anak orang kaya pun, tapi kawan aku selalu tengok aku hidup mewah macam duit tak pernah putus. Ada masanya aku tak cukup duit pun nak makan, tapi dalam hati, "tak apalah tak ada, rezeki aku, akan ada juga nanti", dan tiba-tiba ada yang belanja makan.

Aku pesan ini, untuk semua, kadangkala bila ada orang sekeliling aku yang merungut tak ada duit pun, aku tegur,
"Tak baik cakap tak ada duit. Bersangka baik dengan Allah selalu rezeki tu ada untuk kita cuma belum masa".
Kadangkala cukup dah rezeki cuma kita mahu lebih lagi.
Duit, pangkat, harta, kuasa tu tak kekal sama macam tak kekalnya kita dekat muka bumi ini. Jadi jangan bongkak, jangan angkuh, jangan rasa diri besar sangat bila mampu hidup senang dan berkuasa.

Jadi tipsnya, haruslah sentiasa bersangka baik dengan Allah, cakap yang baik baik yang baik-baiklah kita dapat. Ini yang aku amalkan, aku ni bukanlah baik mana tapi aku selalu bersangka baik dengan DIA apatah lagi hamba DIA sampai kawan tikam belakang pun aku boleh senyum lagi.

Adik aku tahu siapa aku berkawan, ada masa siapa buat aku sakit hati or buat hidup aku tunggang terbalik aku still maafkan dan tetap berkawan, adik aku bising. Pada aku maybe kawan pun ada masalah dia masa tu, hakikatnya kita lagi kenal kawan kita. Maafkan/berdendam itu pilihan.

Kawan-kawan mostly akan cakap, "aku tengok bahagia hidup kau, tak ada masalah" dan dorang sendiri tengok macam mana aku spend duit tak putus. Hakikatnya aku sendiri yang tahu, a few yang aku bercerita yang tahu tahap mana aku diuji dengan duit dan dugaan hidup yang bersilih ganti.

PERNAH RASA TAK NAK HIDUP

Gambar:  Philip Veater
Ada masa aku rasa dah tak nak hidup, Aku nak quit semua yang aku tengah usahakan. Thought ni datang berulang kali, sampai ada fasa tertentu aku lebih suka diam dan bersendiri cuma depan orang I'm good at faking, sebab aku malas nak explain dan jawab kalau ditanya.

Jadi aku keep pretending like nothing happen, ada orang yang aku betul percaya dan senang untuk meluah itu je yang aku akan cari dan cerita. Tapi this year, aku dah jarang jugak bercerita lebih banyak diam. Maybe orang yang selalu dengar pun ingat aku dah tak ada masalah.

The truth is double triple
lagi masalah tu datang depan muka aku sampai aku dah tak ada daya nak cerita or explain dekat sesiapa pun selain diam, dan berfikir apa aku patut buat untuk terus hidup.

Alhamdulillah. I'm getting better now, dekat rumah pun aku dah jarang bercakap sebab aku tak ada energy untuk engage dengan manusia. Ws dan socmed lain terus aku tak bukak terus. Ini explaination aku untuk yang rasa hidup aku tak ada masalah.

Aku malas nak cerita in detail, tapi berbalik pada topik tadi "bersangka baik" kalau ada dugaan, ada masalah, ada sesuatu yang merunsingkan jangan rasa kau tak ada sesiapa. Kau ada DIA, dan tak ada satu hal pun yang jadi pada kau dijadikan secara sia-sia, tiada.

KISAH BENAR

Gambar: Adi Suryanata
Chuli pernah bagi satu tips, "Kalau nak bersedekah bagi duit paling besar dalam wallet kita" bunyi macam "Eh nanti aku nak makan apa" tapi itulah kuasa bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah aku tengok rezeki dia tak putus-putus sampai sekarang.
Itu bermula dari satu peristiwa dalam hidup dia, Dia nak naik train, then nampak ada Pak Cik mintak sedekah, Dia ada RM6 dalam wallet sekeping RM 5 dia tergerak hati nak bagi yang RM 5 jadi dia percaya berkat dia tolong pak cik tu lah yang hidup dia senang sampai sekarang.
Ini kisah benar bukan rekaan, tapi cuba cakap dekat aku siapa yang boleh keluarkan duit paling besar dalam wallet dia untuk bersedekah masa dia tak ada duit? Ya. Tak semua orang dapat nikmat kerelaan itu sebab semua bergantung pada niat dan hati bukan pada nilai.

MEMBERILAH UNTUK MENERIMA

Satu yang aku puji dengan TSMY dia tak pernah cakap "negara tak ada duit" walau COVID perlu guna banyak duit, Dia tetap cakap duit cukup untuk semua. Rakyat makin hari makin pelik mana datang duit? Sedangkan duit banyak lagi keluar dari yang masuk.

Itu sebab dia percaya rezeki itu ada dan sentiasa cukup untuk semua. Dia pemimpin, jika yang baik keluar dari mulutnya maka yang baik untuk semua rakyatnya. Lebih banyak yang dikeluarkan untuk bantu yang memerlukan berganda Allah gantikan, keberkatan dari rezeki yang dikongsi.

BERSANGKA BAIK.
Bukan hanya pada Manusia, tetapi pada Pencipta-Nya yang lebih utama.
Bila kita bersangka baik, kita lebih mudah memberi dan tidak merasa rugi kerana kita yakin akan ada rezeki lain buat kita nanti. Kalau bukan dengan duit segedebuk mungkin dengan cabang pintu rezeki dibuka untuk kita.
Untuk aku sendiri, aku tak setiap masa ada duit yang banyak tapi sentiasa ada rezeki yang kekadang aku mampu pula berkongsi dengan keluarga dan kekawan yang aku sayang. Aku anggap Allah bagi rezeki lebih pada aku sebab dia mahu aku berkongsi bukan untuk aku semua.
**********

Tidak menyangka rant beliau ini mendapat respon positif ramai pengguna twitter, Ash berharap perkongsian yang dikongsi ini memberi manfaat untuk semua. Malahan Ash juga menambah, jika kita bersedekah akan membuatkan hidup kita lebih terurus dan dengan izin-Nya, membolehkan hajat kita lebih mudah dimakbulkan. Asalkan kita ikhlas. Insya-Allah.

Perkongsian mengenai Tips murah rezeki: Jangan pernah cakap tak ada duit - ini adalah pendapat penulis sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak serta berdasarkan tweet asal: https://twitter.com/AshAvril/status/1270210555060477953. Selain sedang bergelar penuntut di salah sebuah universiti tempatan, Ash juga mempunyai perniagaannya sendiri dengan menjual Choco Jar di instagram beliau: https://www.instagram.com/bakersbros.ash/.


Terima kasih untuk Ash atas kebenaran untuk menyiarkan semula thread ini di blog saya. Moga perkongsian di atas bermanfaat untuk kita semua dan diberkati Allah, insya-Allah.


3 yang menasihati

  1. Betul apa yg ditulis tu.
    Kita berkongsi dengan org, bukan tanda kita rugi tapi tanda kita sedang berusaha mengumpulkan rezeki utk masa akan dtg. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan yang kadangkala kita ni lupa..

    salam jengah dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top