SUSAH SOLAT PENUH?

solat
Bab ni adalah bab paling sensitif, yang boleh jadi isu, yang boleh di gaduhkan.
 

Walaupun sesama keluarga, mahupun kawan baik. Jika salah tegur, apatah lagi salah orang yang ditegur, sememangnya boleh mendatangkan marah.

_______
“Katakan yang benar meskipun itu pahit.”
_______
Anem akui, anem belum "terlalu baik" untuk menyentuh entri ini secara menyeluruh, namun penulisan ini adalah keluar dari "roh hati" yang mempunyai impian untuk menjadi lebih "mulia".





Menyentuh bab solat ini, ada yang memang memandang ringan, ada yang tak kisah, ada yang suka 'kumpul-kumpul' solat, gantikan.


Bagi mereka, balasan bukan on the spot, masih banyak lagi masa, dan ibubapa mereka pun tak kisah.

Beristighfar sahaja Anem mendengarnya, apatah lagi Anem juga insan biasa, yang masih mengumpul taqwa.


Bab tinggal solat ini, paling ramai melibatkan , kaki Enjoy ( samaada yang suka bersosial ataupun bersukan sehari suntuk) atau shopping dengan kawan-kawan (berlebihan), suka dating dengan si dia sepanjang masa, atau bekerja terlebih masa. (masa, masa, masa?)
Besyukurlah, pada yang memiliki keluarga yang menjaga bab ini. Kamu bertuah - sungguh! Semoga istiqamah menjadi ahli syurga ya. Amin.

Malah sewajarnya kamu lebih besyukur, jika kamu menunaikantanggungjawab ini bukan kerana "keluarga kamu orang baik-baik", atau kamu "terdidik dengan suasana islamik"..



Tetapi kamu hanya golongan biasa, keluarga pula bukan terdiri dari insan yang dipanggil 'gelaran ahli syurga', cuma seorang insan yang ingin jadi baik, yang tahu tanggungjawab sebagai seorang islam, dan berimpian ingin masuk syurga. Tahniah - Anem sangat kagum dengan golongan yang sebegini.

_____________

Apakah amalan-amalan paling afdhal? Lalu Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Sembahyang pada awal waktunya.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
_____________


Bebalik pada topik, oh ya, ada yang memang penuh, tapi masa pula tak ditepati. Solat hujung waktu. Sedangkan solat wajib ditunaikan pada waktunya. Ada juga yang suka curi waktu. Laju solatnya macam mahu menempa nama dalam Malaysia Book of record pula, tanpa penghayatan, tak kurang juga yang suka sembahyang lama-lama, jika ikhlas, memang indah, apatah lagi di sepertiga malam. Cuma mengecewakan apabila solat lama-lama kerana ingin mengelak tanggungjawab lain. (semua ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis, bukan secara menyeluruh - harap maklum)

Jika boleh jangan jadikan solat sebagai satu alasan atau bebanan. Allah tak pernah membebankan umatnya, apatah lagi islam itu sendiri bukan agama paksaan.

Pada yang solat penuh, yang begitu istiqamah menjaga waktu, semoga kalian beroleh kekhusyukan, insyaallah.
Semoga berdaya mengajak yang lain mengikut jejak anda. MasyaALLAH..anda lah penyejuk hati masyakat, mampu menjadi pemangkin ummah. mahu jadi macam anda..*

Tingkatkan iman, betulkan niat, ikhlaskan hati, perlahan-perlahan, insyaalllah ALLAH maha mengetahui apa yang teselindung di sebalik hati kita, dan maha melihat apa yang kita ikhtiarkan untuk menjadi insan yang betaqwa. Hidup ini kan mencari mati yang sempurna ? Apalagi, ayuh, didik diri jadi lebih baik.

yA ALLAH, suluhlah hidayahMU ke lubuk hati kami, moga kami menjadi insan beriman. Amin.

p/s: * anda lah kekuatan Anem , budak nakal ini untuk membentuk diri dan mengajak orang lain menuju jalan menjadi lebih baik.


____________


entri ini adalah pandangan peribadi penulis, jika ada kesilapan, sila peringatkan hamba ALLAH yang jahil ini, ya^^





16 yang menasihati:

  1. akak pun ada gak dilema nih tp bkn la maksud fmly akak sgt baikkk cuma dlm bab solat,Alhamdulillah akak punyai ayah yg sentiasa menjaga dan memperingatkan anak2 nya ttg solat. tp bila membandingkan dgn keluarga mertua, rasa sedih sgt, nak menegur pun tatau camne, cuma mampu tunjukkan contoh saja mudah2an terbuka hati mereka utk mengikut.

    ReplyDelete
  2. salam akak..

    alhamdulillah .
    bertuah akak.
    :)

    erm, betul3, kita boleh berdoa dn tnjuk cnth yg betul,insyaallah.

    pelan2:)

    ReplyDelete
  3. salam armee
    thanks singah blog eita eh...
    kita suka la blog awk ni..
    btul awak kata.. mmg agak susah nak nashati org tentang solat penuh ni..

    semoga kita terus terbuka tuk ingat mengingati.. thanks eh.. :)

    ReplyDelete
  4. salam eita..
    same2.
    terima kasih kembali;)

    insyaallah, tq ^^

    ReplyDelete
  5. salam kepada pemilik blog ini,

    Apabila berbicara mengenai solat banyak yang boleh dijadikan iktibar. Tapi sebelum berbicara pasal solat, ada perkara yang lebih penting sebelum itu iaitu rasa ingin bertuhan di hati. Bila timbulnya rasa itu, barulah senang dan mudah untuk bersolat.

    http://saifulislam.com/?p=1738

    Cubalah baca-baca artikel di atas, semoga bermanfaat.

    Salam berkunjung.

    ReplyDelete
  6. fareast :

    salam kembali .

    terima kasih sudi berkunjung, ya:)
    dan utk artikel itu juga.
    peringatan yg indah:)

    jazakallahu khayran:)

    p/s:fikir-fikir

    ReplyDelete
  7. Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
    ( HR Muslim )
    katakankan aku beriman dengan Allah/Akidah dan kemudian istiqamah di jalanNya .. InsyaALLAH..Buat satu perkara biar hati selalu mengadap ALLAH,Ingat dalam kekuasaan ALLAH sentiasa..

    Ketahuilah ALLAH memberi dugaan kepada hambaNya yg taat dengan bermacam2 ujian kerana telah meyimpan segala pembalasan kenikmatan tidak terperi di hari akhirat kelak. Bukan ALLAH menyeksa hambaNya,Tetapi menyekat/membantu dari hambaNya mendapat hisaban yg lama di hari akhirat kelak.. Itulah ALLAH.. Maha sempurna segala kasih sayangNya.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahhuakhbar~

    "Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."

    ReplyDelete
  8. xaprove tadi ek..maybe panjang sangat..

    ReplyDelete
  9. Assiddiq,

    dah approve dah.
    ALhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ya:)

    ReplyDelete
  10. Panjang sgt.. copy dari blog je

    ReplyDelete
  11. kalau rasa solat belum sempurna.... check balik diri, makanan, pakaian, tpt tinggal, dan lain2 yang membawa kita kepada Allah....bermulalah dengan pakaian....tutuplah aurat mu sebelum aurat mu ditutup dengan kain kafan.....(tutup aurat dengan sempurna) bukanlah dengan sekadar memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek...memakai seluar jeans yang ketat...menampakkan susuk tubuh....jadi....hati yang ikhlas pada Illahi disamping datangkan rasa takut dan gerun pada azab Allah Ta'ala dalam setiap perkara yang kita lakukan....usah memandang remeh-temeh perkara yang kecil kerana ia boleh mendatangkan musibah yang besar.....jadilah orang yang beriman dan bertaqwa.....amin.....

    ReplyDelete
  12. salam, saya nak baca sampai habis, tapi knp tulisan tu bertindih-tindih?

    ReplyDelete
  13. Salahudin, jazakallah:)
    arwana, terima kasih saya dah betulkan:)

    ReplyDelete
  14. Kullil haqqa walaqa namuro..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top