Ini Aku bukan Kau !



Sementelah lebih 60 hari diriku berteleku di bumi kelapa sawit itu, dengan hayunan perlahan ku mula menekan aksara-aksara kecil di rumah. Lega! Bebas dari satu dimensi pemikiran yang pelbagai, indah? entah, jiwaku tak muda untuk kata di sana bahagia, diriku juga bukan penipu untuk menyatakan semuanya elok belaka. OhMungkintidak!

Aku pernah berangan masa berusia 18 tahun, untuk ke tempat itu, menarik dan banyak yang eksklusif untuk dikutip, namun ku mula memperolehinya ketika 23 tahun, apa yang indah tatkala rakan sebaya sibuk menghadap kerjaya, indah berteman sahabat sejiwa, diri perlu bertukar menjadi muda, suka apa yang kita tak berapa nak rasa?

Cakaplah hati.. cakap!

Di sana Anem tak tipu untuk kata Anem banyak belajar. Baru Anem sedar oh, tahap keyakinan diri tak segagah mana. Baru tahu diri mampu menyusun ayat bicara depan yang muda, baru mula rasa perih rindu pada mereka yang jauh. Baru sedar antibodi lemah, banyak kali sakit itu dan ini. Yeah! Syukur untuk semua kesedaran itu. Malah kenangan dengan insan-insan ini- Fiqa, Syud, Fas, banyak membuatku menoleh kebelakang. Oh! Ku tidak terlewat menjadi seseorang. Ayuh, Anem!

Fiqa membuatkan ku berfikir hidup ini mudah , jika ku tak fikir dengan susah payah! Dulu rakan pernah berkata "Anem ,kamu ni complicated orangnya" Nah! kumarah tatkala itu. Namun Fiqa mula membuat ku setuju kata rakan lama ku itu, dulu. Terima kasih kerana banyak sedarkanku tanpa disedari! pika...pika..chu!!!:P

Syud bersahaja dalam tenang, susah diriku nak menelaah perasaannya di satu satu ketika. Ku kagum, dia mampu menyorokkan banyak benda dalam kotak hatinya! Yeah , The Shooterrr, sila senyum .Hihi.

Fas , dalam sifat peramahnya yang menyerlah, tersimpan pelbagai rasa yang orang tertentu sahaja mampu memahaminya, tak semua harus dikongsi namun kekuatan melalui hatinya yang lembut itu, membuatkan ku merasa beliau ibarat cerminan pada diriku. Kita kembar kan, fas? :)

Pelbagai ragam dan perkara ku lalui di sana, ada yang membungkam rasa, ada yang menggeletek jiwa , ada yang tak rasa apa, tawar hebe! Tapi manusia di sana banyak memberi sentuhan untuk kulakar dalam hati ini, mungkin - buat selamanya!

Menyambung sesuatu yang tersirat di hati,

Buat Tiara, tatkala penerimaan, penolakan wujud menjadi halangan, kamu tetap bersahaja menghulurkan rasa sayang. Tetap datang dengan hati tenang walau sakit dengan torehan dan  robekan dari akak, maaf ya, dik. Nasihat akak, jika sayang jangan terlalu sayang pada seseorang biar dia baik mana pun . Ingat ayat ni, "Jika sayang, lepaskanlah, jika dia kembali, ia milikmu abadi ". :)

Buat Efy aka Iza, persamaan yang wujud antara kita , membuatku tersentuh dengan pelbagai rasa. Teguran dan keihklasan adik banyak membuat akak berfikir dan menilai erti hidup akak. Semoga cepat menemui cinta hati, dan jangan terlalu menyayangi, kelak ditakuti hatimu kerap disakiti, sayangi diri ! :)

Sekian contengan dari Anem.Salam mahabbah..

*Thanks for the memories!:P

Buat semua yang mengenali Anem, selamat hari raya, maaf zahir batin! :)


5 yang menasihati:

  1. there's smthing that we had learn there,thats definitely tru but having u guys as a fren,is definitely a gift~

    ReplyDelete
  2. alala..=).

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri anem

    mohon maaf selama kita bersahabat

    moga adik akak sihat ^_^

    ReplyDelete
  4. yes, sekali bersahabat, selamanya bersahabat:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top