Kak iza - beliau seorang insan yang mempunyai pakej lengkap dalam berkawan, mampu berkorban, dan selalu bertahan. Dia sahabat yang akan ada di sisi tika demam, sanggup melayani kurang inci diri sampai lebam, dan masih tersenyum biar sampai malam.
Tahniah buat Noorhafizah Musa dan Mohd Zulriduwan . Sudah selamat menyarung cincin pada 3 Jun yang indah cerita. Semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhirnya. Walau di hadapan, akan ada badai datang melanda - bertabahlah selalu hendaknya. Semoga dipermudahkan akak dan kekasih yang bertakhta di jiwa. Insyaallah , amin ..
Kenalan Anem berusia 25 tahun pada 19 Januari lalu ini , Anem mula kenali di USM pada tahun 2005 . Semoga persahabatan kita juga kekal hingga ke akhirnya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, kakak cantik ! . Maaf untuk semuanya , ya. Sayang akak dari hati, ada jodoh kita jumpa nanti.
"Count your age with friends but not with years"
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat :)
IzaFiza - pemilik blog izahafizah.blogspot.com : Everything Happens with a reason.
p/s : Dia peminat hijau . Anem suka biru.
3 yang menasihati
Terima kasih anem.kerana percaya dgn kejujuran persahabatn ini.moga bkekalan sampai nafas terakhir..=)
ReplyDelete'Dia peminat hijau . Anem suka biru'
hee..=)
tahniah semoga bahagia selamanya. . . .http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/handmade-motorcycles.html
ReplyDelete@izaFiza :Salam akak..sama akak syg, insyaallah, amin :D
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.