Kawan rapat yang tiap-tiap hari jumpa, tidak kira kawan sekelas, kawan sekerja, sekolej, sebilik atau seklik , kiranya ada selalu di sebelah kita. Sahabat yang akrab menyayangi Anem memang sentiasa ada, syukur kepadaNYA. Tapi semua dah jauh dimata. Yang tinggal hanya ingatan dalam jiwa raga. Namun yang boleh lepak sama , duduk sebelah, kutuk-jujur-maki-sedih-ketawa depan mata, dah lama Anem tak berpunya.


Namun lewat hari-hari lalu, Tuhan telah pinjamkan Anem dia. Dia jujur dengan caranya. Awal-awal kenal langsung tiada jurang yang jauh walaupun jarak umur kami setahun kiranya. Baru kenal saja, kami sudah berkongsi banyak cerita yang sama. Sama-sama sulong yang dewasa, gila-gila, suka bicara dalam hilai tawa, dan dalam kepala banyak sungguh idea. Dia memberi ruang dalam jiwa untuk berfikir sesuatu sebelum melakukan semuanya, mengenali beliau, membuatkan bukan saja Anem semakin tersedar tanggungjawab seorang akak kepada seorang adik, malah lebih daripada itu, secara jujurnya membuat Anem rasa lebih menghargai sesiapa di sekitar Anem adanya.

Selepas ini, walaupun dia pergi mengejar cita-citanya sendiri, secara peribadi Anem berharap satu hari nanti, kami dapat bekerjasama lagi.

Kepada Faridah Sarudin yang menawan , terima kasih untuk kamu. Terima kasih kerana sudi melayani karenah Anem yang serabai itu. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan, insyaallah . Semoga kuat lalui semua dugaan hati, dan dapat membuat keputusan yang paling serasi .Tiada apa yang dapat Anem layangkan.Hanya doa demi doa semoga kamu dipermudahkan dunia akhirat, amin. <3

_____

@arnamee : "Esok nak pakai baju apa?" - missing this daily quotes :p



Nak kuruskan badan ni bukan satu perkara yang mudah. Kita kena ada jati diri yang kuat barulah boleh dilaksanakan. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, memang tak akan jadilah. Paling penting ialah kerja keras yang konsisten dan mempunyai diet yang betul untuk mengelakkan menjadi gemuk kembali.

Tips Aizat buat :

1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). Saya dulu 112kg.
2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam..apa2 makanan yg kurang lemak, minyak dan kurang gula. Aizat dulu banyak makan benda-benda organik. Basically makanan PROSES aizat avoid.
3. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln.
4. Yang paling penting is self will and determination! Jangan mudah give up.

Will Smith pernah quote:
"When you run, you have this little voice in your head that tells you “I’m too tired, I have to stop running. If I only walk for a second I will regain my composure and can run again. I wish I could just sit down” (paraphrased in my own words). He says that if you can conquer this voice when running, you can conquer this voice in anything that you do in life."

Maknanya, berlari akan mengajar kita supaya tidak mudah 'give up'.
Selalu bila jogging, Aizat akan challenge diri Aizat untuk sampai ke destinasi walaupun badan dah menjerit "PENAT! PENAT!" Its normal but think positive and counter. Make sure you reach your destination/goal. Kalau tak berjaya hari ini! cuba hari esok! Secara automatik dalam kehidupan pun serba sedikit dapat membantu Aizat not to give up and reach my dreams. Saya harap pesanan ini diambil dengan positive! :)

Insyallah Aizat akan update lagi from time to time.

Support our music! Stay positive!

GOOD LUCK!

Nasihat tambahan dari Aizat :

Senaman dan diet yang seimbang sebenarnya penting bagi memastikan badan Aizat kekal seperti sekarang. Selain itu Aizat memang tidak menjamah makanan segera sejak dahulu lagi. Lima bulan baru kurus

P/S: Untuk sebulan pertama memang sakit. Aizat nak buat 'push up' satu pun tak larat haha tapi bila Aizat aim 10 and dapat! Best!!! momentum dah tak boleh stop. So aizat teruskan bersenam.

Diambil dari Facebook Aizat : http://www.facebook.com/AizatAmdan dan artikel tentang Aizat di suratkhabar.

_________

Aizat Amdan - " Years From Now "



Nota : Tips untuk bersenam bagi sesiapa yang tinggal di hostel - http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/2242-12-tip-senaman-untuk-pelajar-di-asrama.html

Sekian. Terima kasih dari Anem. 


Anem terlayan pula drama baru di slot Zehra yang memperjuangan kehidupan wanita , penuh konflik, serta penuh semangat karya Eirma Fatimah ini. Sinematografi dan skrip pun cun. Pelakon-pelakon semua hebat-hebat. Okeh, terus layan!

 Aku mahu menjadi pejuang, menjunjung tinggi kemanusiaan


Lirik Lagu Merpati - OST Tahajjud Cinta TV3
(Lagu tema drama tahajud cinta yang dinyanyikan Astrid dan Zamani)

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang
Terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapan kah jadinya
Aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu
Janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi
Yang terang

Selamat berpisah
Kenangan bercinta
___________________________________



SINOPSIS DRAMA TAHAJUD CINTA

Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri disebalik hasrat murni kedua ibubapa mereka?

Tahajjud Cinta lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Dato’ Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah & penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

APAPUN DRAMA INI ADA LAMAN WEB RASMI :  http://www.tahajudcinta.com/v1/

 













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top