Salam. Hai. Saya Anem. Minat membaca, menulis dan mengambil gambar. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada teguran, cadangan atau pendapat, boleh tinggalkan di ruangan komen. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian. :)

E-mail: arnamee@gmail.com


Gosok gigi cara Nabi

Sebelum ini, blog ini ada menulis tentang petua merawat sakit gigi, gusi dan bengkak. Kali ini melalui bacaan saya melalui Majalah Solusi ruangan Ezy Dakwah ada berkongsi tentang "Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila) menerusi Ezy Dakwah 26 dan "Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara) dalam Ezy Dakwah 28.

Apa itu siwak? Siwak (atau disebut juga miswak) merupakan kayu dari ranting pohon Aarak atau Peelu, yang lazim terdapat di jazirah Arab. Nama latinnya: Salvadora Persica. Siwak inilah yang biasa digunakan sebagai sikat gigi sekaligus pasta gigi yang terkenal di jazirah Arab.(Sumber)

Ada berdasarkan hadis lain Nabi pernah guna kayu lain ketika ketiadaan kayu araak. 


"Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara), Ezy Dakwah 28.


Sunnahku amalanku.
  • Basuh berus dahulu
Aisyah radhiyallahu ‘anha mengkhabarkan,”Nabiyullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersiwak lalu memberiku siwak tersebut untuk kubasuh. Lalu aku menggunakan untukku dahulu, kemudian kubasuh semula, dan aku menyerahkan kembali kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud).
  • Berus Lidah
Hadis Abu Burdah daripada bapanya, aku datang kepada Rasulullah s.a.w, kudapati Baginda s.a.w. sedang menggosok giginya dengan kayu siwak di tangannya dan berbunyi ugh! Ugh! Seolah-olah akan muntah.(kerana menggosok lidah) - (HR al-Bukhari)

Dalam riwayat lain menyebut, "...hujung siwak diletak pada lidah dan diberus...," (Riwayat Muslim)
  • Kanan ke kiri
Hendaklah bersiwak dengan menggosok bagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ
“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulai dengan yang kanan ketika memakai kasut, berjalan, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan” [Hadits riwayat al-Bukhari]

  • Jika Tiada gigi (disunatkan juga. Boleh menggosok gusi, lidah dan lelangit. Faedah siwak ini bukan sahaja bersihkan gigi, tetapi turut kuatkan gusi dan menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut. Setidak-tidaknya akan dapat pahala mengikuti sunnah Rasulullah SAW).
  • Sangat suka berus gigi
“Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: Abdurrahman bin Abu Bakar As-Sidik Radhiyallahu ‘anhu menemui Nabi. Abdurrahman Radhiyallahu ‘anhu membawa siwak yang basah yang dia gunakan untuk bersiwak. Dan Rasulullah memandang siwak tersebut (dengan pandangan yang lama).

Lalu aku berkata, "berikan kepadaku kayu siwak ini, wahai Abdul Rahman."

Beliau terus menyerahkannya kepadaku. Maka aku pun lalu mengambil siwak itu dan menggigitnya (untuk dibersihkan) lalu aku membaguskannya kemudian aku berikan siwak tersebut kepada Rasulullah, maka Baginda pun bersiwak dengannya sambil bersandar kepadaku. (Riwayat al-Bukhari).

"Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila), Ezy Dakwah 26

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) bersabda, “Bersiwak itu membersihkan mulut, menyukakan Tuhan.” (Riwayat Ahmad).

BUKAN DUA KALI SEHARI
  • Ketika hendak solat
Sabda Nabi, “Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Ketika hendak masuk rumah
Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, ia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, 'Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW jika memasuki rumahnya?” Aisyah menjawab, “Bersiwak”. (Riwayat Muslim).
  • Ketika bangun tidur
Dan hadits dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata.

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak tidur pada malam hari atau siang hari kemudian beliau bangun melainkan beliau pasti bersiwak terlebih dahulu sebelum berwudhu.” [Hadits Riwayat Abu Daud no. 57 dan Lihat Shahih Abu Dawud I/14 no. 51] (sumber)
  • Ketika hendak baca al-Quran
Sayidina Ali pernah berkata, "Sesungguhnya mulut-mulut kamu lorong laluan bagi al-Quran. Justeru, wangikannya dengan bersiwak!" (al-Tahmid)

**
Ini mengisyaratkan bahawa seorang Muslim seharusnya dalam keadaan terbaik setiap masa.
"...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. .." - (Al-Hasy-r 59:7).



1 yang menasihati:

  1. perkongsian yang sangat menarik! jarang-jarang ada orang berkongsi tentang perkara ini...

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top