Ramai di antara kita ada haiwan peliharaan masing-masing. Apa saya mahu kongsikan di sini adalah gambar anak-anak (serta ibu) kucing jiran kesayangan (ada juga saya letakkan di instagram @arnamee). Kebahagian dan kebaikan datang melalui pelbagai cara. Mungkin kerana wujud dan baiknya kita dengan makhluk lain, dihantar kucing comel ini untuk kita bersahabat dan berteman. Maka, hargailah.
Kenalkan, yang oren itu kami panggil oren cantik. Suka lepak belakang rumah. Nampak peramah tapi penakut sebenarnya dengan orang. Sekarang dah semakin berani. Yang kelabu itu pula, kami panggil dia Abu (singkatan nama Abu). Baru melahirkan dua ekor anak berwarna putih (ada seidikit kelabu) (beranak buat kali pertama). Sangat bijak, pembersih dan manja.
Masya-Allah! Comel sungguhkan? Itulah keindahan dan kekuasaan Allah.
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
بينما رجلٌ يمشي بطريقٍ ، اشتدَّ عليه العطشُ . فوجد بئرًا فنزل فيها فشرب. ثم خرج . فإذا كلبٌ يلهثُ يأكلُ الثَّرى من العطشِ . فقال الرجلُ : لقد بلغ هذا الكلبُ من العطشِ مثلَ الذي كان بلغ مني . فنزل البئرَ فملأ خُفَّه ماءً ثم أمسكه بفيه حتى رقِيَ . فسقى الكلبَ فشكر اللهُ له . فغَفر له . قالوا يا رسولَ اللهِ ! وإنَّ لنا في هذه البهائمِ لَأجرًا ؟ فقال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ
“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.
Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:
“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
(HR Muslim)
-- Antara sumber: https://muzir.wordpress.com/
Terima kasih.
2 yang menasihati
Great Work Arnamee Nice Share
ReplyDeletebagus arname
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.