Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Bolehkah kita marah dan tak maafkan orang? Apa hukumnya?

Kadangkala kita tertanya-tanya, bolehkah kita marah dan tidak memaafkan orang yang aniaya kita? Apa hukumnya tidak memaafkan orang? Jom kita baca perkongsian saudara Hilal Asyraf (penulis buku dan speaker motivasi) berkaitan ini. 

Saya mulakan dengan perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut. Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat.

"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, jika hamba mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."

Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.

Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.

"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu. 

Baginda bersabda:

Boleh kah jika engkau jangan muncul di hadapanku?. 

Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."

Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.

Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.

Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas...

..jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.

Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148: "Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya. Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus? Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.. 

Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH. Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?

Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?

Islam tidak zalim sedemikian.

Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.

Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.

Sekian.


Islam hargai kemaafan, islam juga iktiraf rasa marah.

///

Kredit penulisan asal dengan kebenaran:

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top