Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Persediaan - Sebelum kita bernikah (rukun & wali)




Sebelum kita nak berkahwin,  perkara penting perlu kita teliti ialah rukun nikah, 

Antara rukun nikah wajib dipenuhi: 

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab & qabul

Menjadi permasalahan bila mana wali hilang/enggan, 

Nak buat macam mana?

Pertamanya kena kenal pasti dulu jenis wali yg berkelayakan nak nikahkan anak perempuan tu,

1. Wali Nasab (keturunan)

i. Wali Mujbir (ayah/datuk sebelah ayah) 
ii. Wali aqrab (adik beradik seibu sebapa)
iii. Wali ab’ad (pakcik-pakcik)

2.Wali sultan/raja/hakim/am

3.Wali Tahkim

Wali Mujbir: adalah gelaran khusus untuk wali seperti bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.

Wali aqrab: adalah wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali, contohnya adik beradik lelakinya atau anak saudara.

Wali Ab’ad: adalah wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali contohnya datuk saudara atau moyang saudara.

Wali Raja/Wali Sultan/Wali Hakim/Wali Am

Wali ni yang ditauliahkan oleh YDPA Agong @ DYMM Sultan @ Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya tidak mahu mengahwinkannya tanpa apa-apa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.

Wali Tahkim pula adalah wali yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk mengendalikan akad nikah yang tiada wali nasab dan tiada pula wali raja, wali sultan, wali hakim atau wali am dengan syarat-syarat tertentu.

Kat Malaysia, wali ini tak diguna pakai ye.

Jadinya bila situasi wali enggan atau hilang ni, apa yg perlu dibuat oleh pengantin perempuan ialah buat aduan ke Pejabat Agama menyatakan hasrat untuk bernikah menggunakan wali Hakim dan pihak pejabat agama akan membuat siasatan terlebih dahulu untuk kenal pasti situasi pemohon,

Selepas siasatan dibuat selesai, satu laporan dari Pejabat Agama akan dikeluarkan untuk dimajukan ke Mahkamah untuk diteruskan permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan wali Hakim atas sebab wali enggan atau wali ghaib,

Dalam Seksyen 7 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor (boleh refer Enakmen negeri masing-masing) ada jelaskan perihal orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan seperti mana berikut;

(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Selangor hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh—

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c) sebagai wakil wali.

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.

Perihal isu wali enggan nak nikahkan sebab tak berkenan dengan bakal suami anak perempuan tu lah atau bakal suami +ve HIV lah semua ni ada dijelaskan dalam seksyen 13 Enakmen yang sama,

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau

(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan,

memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau

jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Now perhatikan klausa 13(b) dah jelaskan kat situ Hakim Syarie BOLEH beri persetujuan kepada perkahwinan tu ikut hukum syarak JIKA;

1. Anak luar nikah
2. Wali Ghaib
3. Wali Enggan

Tiga keadaan ni membenarkan pihak pengantin perempuan membuat permohonan untuk berkahwin menggunakan wali Hakim SELEPAS penyiasatan yang wajar telah dibuat (pejabat agama)

Jadinya adik-adik kalau kata mak pak hangpa tak bagi nak kahwin kononnya hangpa ni “kecik” lagi (umur dah nak masuk 30 kecik pa dia) atau mungkin gatal sangat nak kahwin tu, 

Nasihat aku janganlah buat perkara yang bukan-bukan yakni; 

1. Nikah sempadan
2. Nikah sindiket

Terus ke Pejabat Agama dan ceritakan hasrat korang yang nak kahwin tu tapi wali tak setuju, 

Make sure sudah ada KEWANGAN YANG CUKUP baru fikir hasrat nak kahwin bukan kahwin dulu baru cukupkan kewangan tau!

Tugas suami ialah beri nafkah yang cukup kepada isteri dan anak-anak.



Sumber dengan kebenaran:


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top