Sekola Baroka, Bando JB (KEMPEN PENDIDIKAN 13)

KEMPEN PENDIDIKAN "13"

Sekola Baroka

Sejak 2019 Sekola Baroka dipacu oleh komuniti yang ingin membangun komuniti dengn menyediakan ruang selamat alternatif & ruang pengayaan ilmu bagi anak-anak disekitar bando JB.

Memupuk kemanusiaan & budaya seharusnya usaha bersama, oleh itu kami sentiasa membuka ruang kerjasama dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat seperti sukarelawan, penyumbang ilmu & pendanaan. 



Dalam pahit-manis mengerjakan tugas pembangunan komuniti, pendanaan merupakan salah satu faktor utama Sekola Baroka masih beroperasi. 

Kos bagi menampung aktiviti pengayaan ilmu & sewaan ruang selamat ditengah bando JB yang kami belanjakan sekitar RM13 bagi 1 Kelas/1 Pelajar.

Kami sangat gembira menerima seramai 25 pelajar yang berdaftar dan dalam jadual pembelajaran terdapat 12 kelas dalam sebulan. Oleh yang demikian, keseluruhan pembelanjaan kami sebulan boleh mencecah sehingga RM3,900 sebulan. 

Oleh yang demikian, kami mengajak semua kita untuk bersama dalam kempen pendidikan ini.

Yok panjang perjuangan! 🙌🏼


Sumber:

https://www.instagram.com/sekolabaroka/





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top