Anak muda diperlukan setiap Ahad!
Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) sentiasa mengalu-alukan bantuan untuk terlibat sama di belakang tabir menggerakkan serving mingguan kami dan aktiviti lain.
Hubungi Fatimah di 010 294 1267 untuk hal-hal serius.
Makanan Adalah Hak Untuk Semua #DapurJalanan
Mohon maklumkan dulu kehadiran anda, sebab kadang kala bila dah ada group volunteer besar (max 25 orang) kami terpaksa halau bimbang anda kena sidai takda apa nak buat sangat, tapi bila tiada group pasti kami merayu bantuan individual volunteers.
Sebarkan seperti fitnah!
1pm-4.30pm sama-sama membawang memasak di Bangsar Utama
5.15pm-6.30pm kita akan serving sajian panas di Jalan Panggung makan bersama-sama komuniti termasuklah bikin air, juga mencuci segala mangkuk cawan periuk.
Dapur Jalanan bukan semata-mata memberi makanan, tapi berkongsi. Ahad di Jalan Panggung adalah waktunya menyantuni komuniti ini untuk belajar bersyukur, dan berkongsi kasih sayang. Ini waktunya untuk bermesra, mengumpat, tanya khabar bersama dengan mereka yang sering di lupakan.
Komuniti kami tidak terhad kepada gelandangan. Kami juga benci perkataan tersebut. Mereka (malah majoriti kita) adalah golongan miskin bandar.
Ramai juga warga emas hidup sendiri yang datang kadang2 bukan nak makan sangat pun, tapi nak bermesra dengan golongan baya anak/cucu.
Sumber: https://x.com/DapurJalanan/status/1825710133244211626?s=19
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.