Verse :
Kamar yang sunyi
Tiada berbunyi
Aku dan pena punyai tu memori
Khayalan ku tinggi
Terbang dengan merpati
Indahnya hari ini
Puisi ku menari
Dalam media ibaratnya tak sama
Luahan jiwa, hati ni turut serta
Pelbagai stigma yang aku pernah lalu
Untuk apa dan siapa
Hanya Tuhan saja tahu
Alkisah ini dah banyak dipaparkan
Diwartakan oleh wartawan
Tetapi tidak sepadan
Dengan apa yang ku lalu
Masalah yang berliku
Mencariku mencari
Solusinya digari
Inikah yang dikatakan
Pahit sukar dunia
Manis sikit kurasa
Sejak digelar manusia
Pepohon yang kan mekar
Apakah kan baik saja
Bunga yang kian segar
Apa boleh bertahan lama
Chorus :
Puisi malam ini
Pena aku
Tuhan tahu
Apa yang ku tak tahu
Kondisi hati
Ruang yang sepi
Menunggu takdir benar begini
Suratan ini bertulis tangan
Tak tergapai hanya kenangan
Verse :
Setiap hari ku melangkah kaki kanan
Diri cakap kat hati
Supaya tahan tekanan
Dan aku ukir senyuman
Bila semangat tinggi
Dan bila ku bagi semua
Akhirnya patah hati
Apa semua ni bermakna untuk diri
Dah cuba beri semua
Dengan sepenuh hati
Tapi pulangnya tak sama
Bila hujung hari
Oh lupa ni dunia
Banyak yang tak kenang budi
Dimana boleh berteduh
Bila langit tu gelap
Dimana boleh berehat
Bila cahaya malap
Bilakah bulan yang terang
Akan bersinar balik
Atau itu igauan
Mungkin mimpi ini pelik
Chorus :
Puisi malam ini
Pena aku
Tuhan tahu
Apa yang ku tak tahu
Kondisi hati
Ruang yang sepi
Menunggu takdir benar begini
Suratan ini bertulis tangan
Tak tergapai hanya kenangan
Verse :
Andai pena punyai rasa
Andai hati tak lagi sama
Harap cahaya tu masih terang
Even kat sana tiada bayang
Aku mula dah berjalan
Lepasni tiada halangan
Aku nak tengok gelak ketawa
Tatkala diri ni tak bernyawa
Selamat jalan bahtera
Yang aku bina selama
Sekian lama, sebanyak mana
Memori itu takkan ku lupa
Wahai merpati yang aku jaga
Terbanglah dikau merata
Tulisan aku berteman alam
Ku simpan puisi malam
Sumber:
https://www.lirikonline.com/puisi-malam-fiq7/
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.