Tanya ChatGPT di Whatsapp

Guna ChatGPT di WHATSAPP. Di sini saya akan kongsikan cara kita nak ber-whatsapp atau bermesej dengan ChatGPT. 

Baru-baru ini terbaca di Amanz yang kita dah boleh bermesej terus (menghantar whatsapp kepada Chat GPT secara percuma - sejenis AI) - menarik! Sebab kita sudah tak perlu ke website atau menggunakan aplikasinya. Cuma memandangkan ia masih dalam proses pembangunan, jadi masih terhad penggunaannya. 

Sebelum itu, apa itu Chat GPT? - Seperti ruang sembang - perbualan atau chit chat. 

ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer/Sembang Generatif Transformer Pra-latihan) ialah sebuah bot sembang yang dilancarkan OpenAI pada November 2022. 

Jika di website chatgpt.com, kena daftar dulu, log in dengan email google pun memadai. Namun jika di whatsapp boleh mesej terus. 

Kira macam google atau enjin carian. Bot yang auto respon soalan kita. Menjawab soalan kita berdasarkan pelbagai sumber. Jadi untuk setiap jawapan perlu ada tabayyun, semak dulu sewajarnya.


Contoh


Baiklah, bagaimana nak whatsapp dengan Chat GPT? 

Ini cara yang dikongsikan oleh saudara Faisal Rahim di X:-


1. Save nombor ni. 18002428478

wasap.my/18002428478 

(Nombor phone whatsapp ChatGPT) 

2. Buka Whatsapp. Boleh borak dengan ChatGPT.

Dia guna GPT-4o-mini (free) text. Belum boleh guna voice atau visual input.

Boleh brainstorming, cari maklumat ringkas kat Whatsapp.


Limitnya:

Data sehingga tahun Januari 2022 sahaja setakat ini.


Apa beza dengan Microsoft Co-Pilot? Daripada segi limit, Microsoft Co-Pilot limit 100 mesej sehari. Namun sumber jawapannya lebih meluas.

Nombor phone untuk whatsapp Microsoft Co-Pilot:- wasap.my/18772241042



Sekian, gunakanlah kecanggihan dan peningkatan teknologi dengan sebaik-baiknya. 

1 yang menasihati

  1. thanks for sharing. sy dah cuba di whatsapp. memang menjadi!

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top