Cara mohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)



Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara.

Justeru JPA mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon BYDPA Tahun 2025 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa dalam bidang-bidang berikut:

(i) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM);

(ii) Ekonomi;

(iii) Undang-Undang;

(iv) Kewangan Islam; dan

(v) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 3 hingga 28 Februari 2025. 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)


Panduan lengkap permohonan beserta syarat-syarat adalah seperti di Lampiran A. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03 –8885 3569 / 3438 atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my .



SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2025

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pemohon yang berminat dikehendaki membaca dan memahami syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 sebelum membuat permohonan. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.

Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek menghadiri temu duga.

Syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025;

(iii) Pegawai/ Pelajar yang menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon kemudahan program ini untuk pengajian dalam negara;

(iv) Permohonan untuk mengikuti pengajian ke luar negara dikehendaki bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan disahkan sihat serta berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat oleh Pegawai Perubatan. Ahli keluarga pemohon (pegawai awam sahaja) yang dibawa bersama (pengajian luar negara) juga perlu bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama menghidap penyakit kronik/ berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan, penawaran kemudahan ini akan dibatalkan; dan

(v) Pegawai awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuatkuasa.


Pautan/links berkaitan:

- Notis Iklan

 - Syarat & Tatacara Permohonan

- Lampiran 1 - Senarai Universiti Tempatan

- Lampiran 2 - Senarai Universiti Terkemuka Dunia

- Lampiran 3 - Senarai Bidang Pengajian

Lampiran 4 - Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan

- Borang PPSM (Bagi calon Penjawat Awam sahaja)


Pautan Permohonan


Lain-lain maklumat




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top