Bukan semua kisah cinta itu mudah di rosakkan dengan hadirnya orang ke tiga. Malah kadang kadang hadirnya orang ketiga itu menguatkan lagi cinta mereka’
Saksikan lah sebuah kisah cinta antara Syukri dan Nor yg serba sederhana namun tinggi nilai cinta mereka di mata kita. Syukri membuktikan masih wujud cinta sejati seorang lelaki pada isterinya yg serba kekurangan. Semakin diduga dengan kehadiran Puteri Imaan Suhana. Orang ketiga yg serba serbi sempurna. Cinta Syukri tidak sedikit pun goyah. Malah bertambah kuat sehingga menimbulkan rasa cemburu dan dengki pada Imaan yg sanggup melakukan apa saja demi ‘mencuri’ Syukri dari kepunyaan Nur. Seorang isteri yang lembam dan tidak boleh beranak kerana penyakit sindrom Turner nya.
Cerita ini jugak menceritakan betapa kuatnya cinta Nur, seorang isteri yg lembam dalam mempertahankan perkahwinannya gara gara ‘diusik’ oleh kehadiran Imaan yg diselamatkannya yg dianggap tak ubah seperti adiknya sendiri. Dalam kepayahannya cuba memahami apa niat sebenar wanita yg dianggap sebagai adik Nur sedar yg dia perlu berjuang menyelamatkan cintanya yg cuba di rosakkan oleh manusia narsistik seperti Imaan yg rosak gara gara dendamnya dengan mamanya sendiri.
Saksikan lah sebuah cerita biasa biasa saja tapi sarat dengan konflik dan permainan emosi yg hebat antara Syukri, Nur dan Imaan dalam karya terbaru abam SERIBU TAHUN pada Ramadan kali ini.
A throwback to classic Ramadan dramas by Radiusone.
Save the date!
BERMULA - 5 MAC
SETIAP - RABU & KHAMIS
WAKTU 9 MALAM
di
ASTRORIA
ASTRO ON THE GO
APPS SOOKA.COM
Terbitan @radiusone_official
Penerbit: @fazli_radiusone @budakijat
EP: @hakhisham
Arahan @budakijat
Teraju utama:
Emma Maembong sebagai Imaan Suhana
Azhan Rani sebagai Syukri
Noorkhiriah sebagai Nor
Di bantu oleh:
Mikael Noah sebagai Muhammad
Laila Nasir sebagai Dato Norish
Ziema Din sebagai Datin Sofea
Ali Reza Kavoossi sebagai Azrul
Nazrief Nazri sebagai Dr Azhar
Zarif Ghazzi sebagai Fakhrul
Didie Alias sebagai Kak Oyen
Azrul Zaidi sebagai Beego
Elly Suhaili sebagai Cik Idah
Norreen Iman sebagai Nurse Zah
Ieda Moin sebagai Ika
Amy Nur Tinie sebagai Gina
Sumber:
Facebook: Azhan Rani
Gambar: https://www.instagram.com/affeqidrus?igsh=enNzYjFlajh1dzBp
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.