Anta Permana, lagu ikonik nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, kini turut mencuri perhatian Raja Britain, Raja Charles III, sebagai salah satu pilihan peribadi Baginda.
Dalam satu perkongsian eksklusif di media sosial The Royal Family, Baginda mendedahkan bahawa lagu Siti Nurhaliza berada dalam senarai lagu kegemarannya bersempena dengan sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, senarai 17 lagu yang berdurasi satu jam sepuluh minit ini juga turut menampilkan bintang global seperti Beyonce, Kylie Minogue, dan Michael Buble, membawa pendengar dalam satu perjalanan muzik yang merentasi benua dan budaya.
Boleh dengarkan di sini:- His Majesty King Charles III's Playlist playlist on Apple Music.
Lirik Lagu Anta Permana
VERSE
Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati
Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
terduga diuji
PRECHO
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
VERSE
Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu
PRECHO
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
BRIDGE
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana
CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti
Kosa Kata: Anta permana (انت فرمان)
Makna: tidak terkira
RUJUKAN:
Gambar: Kosmo
Berita: https://www.buletintv3.my/nasional/lagu-siti-nurhaliza-jadi-pilihan-peribadi-raja-charles-iii
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.