Terkenang waktu bersama dulu,
Mengimbas kisah yang lalu,
Silap mu lepas kan bahagia,
Digoda khayalan dunia,
Tidakkah kita mencukupi,
Segala apa yang dilalui,
Mata mu dikaburi,
Sedangkan semua ada di depan mata,
(chorus)
Usah kau cari ku lagi
Cukup sudahlah hanya sekali
Tak mampu aku hadapi
Tipu helah mu kali ini,
Tipu helah mu kali ini,
(verse)
Berat untuk melupakan mu,
Jangan salahkan diri aku,
Sampai sini saja,
Kisah kita berdua,
Terpisah,
Ouh
(chorus)
Usah kau cari ku lagi
Cukup sudahlah hanya sekali
Tak mampu aku hadapi
Tipu helah mu kali ini,
Ouh
Hanya sekali
Tak mampu aku hadapi
Tipu helah mu kali ini,
Tipu helah mu kali ini
Sinopsis Drama Dendam Seorang Madu
Drama Dendam Seorang Madu yang mempunyai 50 episod ini ditulis oleh Firul Akmal dan Panel Skrip MIG merupakan sebuah drama bersiri yang penuh dengan emosi, pengkhianatan, dan pembalasan. Drama ini di bawah arahan Riza Baharudin.
Drama ini berkisahkan tentang kehidupan Rayhana (Hannah Delisha) yang telah dipaksa berkahwin dengan Faris (Redza Rosli), bagi mendapatkan rawatan perubatan untuk ibunya.
Namun begitu, perkahwinan mereka tergugat apabila Rayhana mendapat tahu bahawa Faris sebenarnya sudah mempunyai isteri pertama bernama Izara (Sweet Qismina), yang juga merupakan pembantu peribadi Faris.
Keadaan menjadi lebih getir apabila, Hanum, ibu Faris, merancang untuk memiliki harta pusaka arwah ayah Raihana dan telah melakukan cubaan untuk membunuhnya.
Selepas terselamat daripada cubaan membunuh tersebut, Rayhana telah bangun kembali dengan identiti baharu, dan merancang untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum yang telah merosakkan kehidupannya.
Senarai Pelakon Terlibat
Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama “Dendam Seorang Madu” ini:
Redza Rosli
Hannah Delisha
Sweet Qismina
Lisdawati
Emelda Rosemila
Shah Iskandar
Dian P Ramlee
Azizah Mahzan
Lorenzo Irmann
Zeera Azizi
Hanna Halim
Aida Khalida
Sumber sinopsis: https://ecentral.my/dendam-seorang-madu/
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.