Meriah Bazar Buku Perak tahun ini, siap dengan Pesta Moh Makan.. Boleh shopping buku sambil makan! 🍕🍿
Memang sesuailah kalau nak hunting makanan dan buku kat satu tempat. Pelbagai makanan lokal dan viral, aneka kuih tradisi, kopi, dessert semualah.. Boleh shopping buku, boleh makan dan lepak sambil enjoy vibe bazar 😋😍
📍 AEON BiG Falim, Ipoh
🗓️ 23 Julai – 27 Julai 2025
🕙 10 pagi – 10 malam
Kali ini ada lebih 55 reruai pempamer terlibat dengan pelbagai genre buku/penerbit dengan diskaun super murah khas untuk orang Perak. Nak tengok penulis, ada.. Nak cari buku ‘rare’, ada.. Ada pula persembahan dari Dato Jamal Abdillah, Najwa Latif dan Hijjaz 🎤🎶
Beli buku tempatan RM20 ke atas boleh tebus baucar RM10. Tambah menarik, korang pi je beli buku sikit pun takpe. Pembelian RM50 ke atas layak sertai Cabutan Bertuah tau. Setiap hari ada cabutan dan hadiah menarik 📖🎁
Bawak anak-anak sekali, banyak aktiviti untuk diorang antaranya pertandingan tulisan khat dan pertandingan cerita pendek 👦🏻🎨
Sambil cuci mata tengok buku, boleh cuci perut sekali.. Moh kita‼️
Sumber: Viral Perak
1 yang menasihati
wahhhh mesti best ni...macam macam ada
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.