(VERSE) AFIQ
Ku tertanya apa tujuan ku dicipta?
Untuk apa ku hidup
adakah sia-sia?
Lama aku mencari
Makna hidupku ini
Akhirnya cahaya mula hadir dan menyapa
(AMMAR)
Hidup ini adalah untukNya
Menjadi terbaik di
pandanganNya
(SHAFIQ)
Walau ujianNya penuh warna warni
Tuhan tahu kau boleh boleh boleh
(AMMAR)
Dia mengujimu kerna dia cinta cinta
Engkau mampu harungiNya
PRE KORUS
(AFIQ)
Mungkin tak semua yang akan faham
Apa ujian yang aku rasakan
(AMMAR)
Namun kala sedih dan luka
ku percaya masih lagi
(AFIQ)
adanya harapan
KORUS (SHAFIQ)
Hari ini indah
walau tak sempurna
Engkau senyumlah
adanya harapan
Percayalah semua
baik baik sahaja
Engkau senyumlah
adanya harapan
RAP(AIMAN AFIF)
Hatiku perlu tetap
Biarpun badai menghempap
hampir aku tersesat
tak kuat
Ku tak mahu terperangkap
Ya Allah tetapkan hati ku didalam mentaatiMu
Hanya padaMu ku ratap
Jangan Kau azab
Ku harap
HAFIZ
Ku damba kasih sayangMu
Ku jatuh cinta denganMu
ku serahkan hari esok padaMu
segala susah senang aku sudah tenang
kerna hatiku adaMu Allah
KORUS (SHAFIQ)
Hari ini indah
walau tak sempurna
Engkau senyumlah
adanya harapan
Percayalah semua
baik baik sahaja
Engkau senyumlah
adanya harapan
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.