Cara & kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

 


Jangan lupa malam ini kita beramai-ramai solat sunat gerhana bulan. Jika mampu, tidur dahulu, kemudian bangun semula untuk dapat fadhilat tahajjud. Tak perlu tengok gerhana pun boleh, asalkan yakin ada di tempat anda.


Saya nyatakan cara solat dan kelebihannya di bawah 👇


Kaifiyyat solat gerhana bulan


‎1- Lafaz niat : 


‎أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكعَتَيْنِ للهِ تعالى


‎Usolli sunnatal kusufi rok’ataini lillahi ta’ala


‎2- Niat : 


‎“Aku solat sunat gerhana dua rakaat kerana Allah”


‎3- Membaca surah al-Fatihah 


‎4- Membaca surah yang panjang seperti surah al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang yang dihafal


5- Melakukan ruku’ yang panjang, dibacakan tasbih yang banyak


6- I’tidal


7- Baca surah al-Fatihah


8- Baca surah yang sedikit pendek berbanding surah sebelumnya 


9- Melakukan ruku’ yang panjang tetapi lebih pendek dari sebelumnya


10- I’tidal


11- Melakukan sujud yang panjang, dibaca padanya tasbih yang banyak 


12- Duduk antara dua sujud 


13- Sujud dengan sujud yang lebih panjang 


14- Laksanakan rakaat kedua seperti rakaat pertama 


15- Tahiyyat akhir 


16- Salam


Nota : 


- boleh dilakukan sama ada bersendirian atau berjemaah

- selepas solat, sunat bagi imam memberi peringatan supaya beristighfar 

- sunat lain ketika gerhana antaranya bersedekah, berdoa, bertakbir, takutkan azab Allah 


Semua ini berdasarkan hadith sahih ‎(HR Bukhari : 1044, kitab al-Kusuf)


‎- Nabi ﷺ larang dari kita mempercayai perkara karut sepertimana dahulu, ada yang menyatakan gerhana ini berlaku kerana kematian anak lelaki Nabi ﷺ iaitu Ibrahim, maka terus Nabi ﷺ menyatakan gerhana tidak berlaku kerana kematian seseorang, apabila kita lihat gerhana, maka beribadah kepada Allah kerana ia amaran dari Allah.


Rujuk Sahih Bukhari, hadith no : 1043, 1048 


Wallahu a’lam



Sumber:- 

https://t.me/TheGardenofAlQuran









0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top