Cara semak MySara secara online (dalam talian). Sama juga dengan cara semak MyKasih (cuma MyKasih kena daftar dulu, ini tak perlu).
Pergi ke laman web rasmi MyKasih. Nak mudah, boleh semak status di aplikasi MyKasih sahaja.
Laman web MySara:
1- Pergi ke laman web ini:
2 - Taip nombor kad pengenalan anda (IC) di ruangan kosong tersebut.
3 - Setelah selesai, klik enter atau tekan pada button Semakan Status.
Tadaa!!! Jika layak, anda dah boleh gunakan di kedai terpilih (yang ada status atau tulisan "MyKasih boleh digunakan di sini"). Sah pada tarikh tertera sahaja.
Boleh semak senarai lokasi kedai yang terpilih dalam program ini berhampiran anda di laman web ini:-
Seterusnya,
CARA GUNA IC UNTUK MYSARA | MYKASIH
- Apabila dah sah layak, dan tahu nak ke kedai mana yang boleh guna MySara, bolehlah pergi pilih barang yang nak dibeli. Di pasaraya terpilih, akan ada catatan atau tanda mereka letak barang mana ada dalam senarai (harus diingat tak semua barang ada dalam senarai).
![]() |
Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Guna Bantuan SARA RM100 |
- Kemudian ketika bayar, maklum nak guna MySara/MyKasih melalui IC. Mereka di kaunter akan semak dulu, dan akan tolak duit dengan scan itu. Baki boleh digunakan di kedai lain atau hari lain dalam tempoh masa dibenarkan (sehingga hujung tahun ini).
Selesai.
Kalau nak memudahkan, untuk semak baki yang tinggal, status, lihat senarai kedai terpilih dan barang boleh rujuk aplikasi MyKasih.
Start 31 Ogos - akhir bulan 12.
*Kalau ada baki lain tu tandanya dia penerima mykasih yang terima RM100 setiap bulan (itu lain, itu bantuan STR, bukannya yang sumbangan one off).
Nota: Apabila terlalu ramai orang menggunakannya dalam masa serentak, kadangkala sistem akan down dan ada masalah, kadangkala makan masa berhari. Jadi mohon bersabar dan digalakkan guna atau pergi kedai di luar waktu puncak (bukan waktu ramai orang). Moga bersabar dan dipermudahkan buat semua.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.