Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia (ππ‹πŽπŽπƒ 𝐌𝐎𝐎𝐍)


πŸŒ•✨ π’π€πŠπ’πˆπŠπ€π π…π„ππŽπŒπ„ππ€ 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 "ππ‹πŽπŽπƒ 𝐌𝐎𝐎𝐍"✨πŸŒ•




Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:


• πŸŒ‘ Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam

• πŸŒ“ Fasa Separa bermula: 12.26 pagi

• πŸŒ• Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi

• πŸŒ•✨ Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi

• πŸŒ• Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi

• πŸŒ“ Fasa Separa tamat: 3.56 pagi

• πŸŒ‘ Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi


πŸŒ• Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 - 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh. Ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.






🌍 Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.


Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit. 



--------------



π’π„πŒπ”π€ πƒπˆπ‰π„πŒππ”π“ π‡π€πƒπˆπ‘ πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇:


πŸ—“️ Tarikh: 7 – 8 September 2025 (Ahad – Isnin)


⏰ Masa: 10.00 malam – 5.00 pagi


πŸ“ Lokasi: MAHA Tower, Langkawi, Kedah


⚫ Anjuran: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Maha Tower dan Tourism Malaysia Northern Region Tourism Malaysia.


πŸ”­ Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan


πŸŽ‡ Perkongsian ilmu astronomi 


🎯 Lokasi cerapan turut diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda..






πŸ‘ŒPencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca. 


πŸ”—Penstriman langsung di Facebook MYSA


Kredit post asal: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)



Cara solat sunat Gerhana Bulan 




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top