Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani (Cara Isi Minyak Guna MyKad)

 




TERKINI 

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai IC dan lesen memandu yang sah akan menerima Harga Subsidi Minyak RM 1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Ini diumumkan sendiri hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Langkah ini adalah komitmen berterusan untuk melindungi rakyat, memperkukuh kedudukan kewangan negara, mengurus cabaran global dan memastikan manfaat negara sampai terus kepada setiap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama. 

Marilah kita terus bersatu padu untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berupaya berhadapan cabaran mendatang demi melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kuota untuk minyak setiap bulan adalah 300 Liter di bawah Program Budi95 .

Pemandu E-Hailing boleh minta kuota lebih (akan dinyatakan kemudian).

300 liter kuota untuk RON95 tu banyak untuk average usernkalau kira 300 liter sebulan x 16 juta pemilik lesen kenderaan jadi kuota setahun = 57.6 bilion liter sedangkan jumlah petrol consumption dekat Malaysia hanya 16.5 bilion liter setahun mungkin ada yang guna lebih, tapi pasti ramai yang guna kurang daripara 300 liter.

Buat masa ini. Semua sekali akan dapat subsidi minyak RON 95 tanpa kira B40, M40 atau T20. Mereka akan dapat sampai pengumuman baru kelas T15 oleh Kementerian Kewangan nanti

Selepas itu T15 takkan dapat subsidi minyak.


*****

Cara guna myKad untuk isi minyak Budi Madani Ron95 :

- Pergi kaunter, guna MyKad 

- Di terminal pam minyak, akan ada mesin. Boleh rujuk mereka yang ada di situ.

Atau

- Linked kan IC dengan app seperti Setel, Petron, TNG atau yang berkaitan untuk dapat subsidi tersebut.


Cara linkkan MyKad dengan app Setel untuk dapat subsidi Budi Madani Ron95 



***

Untuk bukan warganegara Malaysia

Kalau anda bawa isi minyak kat Malaysia dengan kenderaan no plat pendaftaran Malaysia. Anda boleh isi RON-95 tapi kena RM 2.60

Kalau anda bawa kenderaan dengan no plat pendaftaran negara anda. Anda kena isi minyak RON 97 dan tak boleh guna RON-95. 



Rujukan lain:



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top